Klik pada soalan yang dikehendaki:
Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) ialah sebuah kursus MOOC atau Massive Open Online Course, kursus dalam talian yang disasarkan untuk penyertaan tidak terhad dan melalui Internet. Kursus pembangunan profesional ini bertujuan membina kemahiran guru untuk melaksanakan e-pembelajaran sekaligus mendidik dan menyediakan anak murid untuk masa depan yang penuh dengan potensi dan juga pancaroba.
Kursus ini mengandungi 5 modul penting untuk membantu para guru mengajar dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia di pelantar Digital Learning kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KGDL dilahirkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan April 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan seluruh dunia. Sesungguhnya, hasrat kami adalah agar setiap murid dapat meneruskan pembelajaran dengan baik, selaras dengan misi KPM untuk “Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.”
Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) ialah sebuah inisiatif hasil kerjasama padu antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga UNICEF Malaysia.
Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) mempunyai banyak faedah, antaranya:
Menyediakan pakej serba lengkap untuk membantu para guru menggunakan aplikasi Google seperti Google Classroom, Docs, Forms, Slides dan pelbagai aplikasi tambahan untuk PdPc dalam talian.
Sesuai untuk pelbagai tahap kemahiran digital.
Boleh diikuti mengikut kadar keselesaan dan masa sendiri.
Sijil disediakan untuk peserta yang menyiapkan semua tugasan dan kuiz. Sila baca kriteria mendapat sijil di bawah.
Percuma!
Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) terbuka kepada semua guru di Malaysia.
Cikgu boleh meluangkan seberapa banyak masa yang diingini untuk menghabiskan kursus ini. Ada peserta yang dapat menyiapkan semua modul dalam masa beberapa hari, dan ada yang mengambil beberapa minggu. Namun, agar tidak hilang momentum pembelajaran, kami sarankan cikgu tetapkan 30 - 60 minit sehari untuk kursus ini, dan menyiapkan kuiz dan tugasan dalam tempoh dua minggu dari tarikh bermula. Kebanyakan kandungan modul adalah ringkas dan mempunyai video pendek atau panduan yang jelas untuk membantu pemahaman anda. Jadi cikgu tidak perlu risau asalkan bertekad dari mula untuk berjaya sampai ke penghujung kursus.
Berikut adalah cadangan jadual pembelajaran untuk menghabiskan kursus ini dalam masa 14 hari.
Sila rujuk rajah di bawah.
Tiada. Anda boleh mengambil seberapa banyak masa yang diperlukan.
Ya. Anda boleh ke laman Semakan Keputusan KGDL untuk melihat status kuiz/ tugasan anda. Jika anda gagal, anda boleh kembali ke kuiz yang tidak lulus dan mencubanya sehingga lulus.
Tidak perlu mengulang bagi kuiz yang telah pun lulus.
Cikgu disarankan untuk mula dari Modul 1 dan mengikut urutan modul yang telah disediakan kerana susunan ini telah dirancang untuk pengalaman pembelajaran yang teratur. Namun begitu, cikgu bebas memilih untuk bermula dengan mana-mana topik yang disukai. Asalkan semua kuiz dan tugasan telah disiapkan, cikgu layak menerima sijil KGDL.
Anda memerlukan komputer, tablet atau telefon pintar yang mempunyai capaian Internet dan pembesar suara untuk membaca arahan serta menonton video-video di sini. Selain itu, sumber yang paling penting ialah semangat dan komitmen cikgu untuk berjaya menghabiskan kesemua kuiz dan tugasan dalam 5 modul ini kerana bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tidak perlu. Semua sumber dalam Komuniti Guru Digital Learning adalah percuma dan dibawakan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF untuk memperkasa para pendidik di tanahair.
Untuk mendapat sijil, anda perlu memenuhi SEMUA kriteria di bawah:
Menjawab semua kuiz dan lulus minima 80% untuk setiap kuiz. Markah akan dipaparkan dan anda boleh menjawab kuiz itu semula jika gagal mencapai markah yang dikendaki pada kali pertama.
Menghantar tugasan yang diberikan.
Mengisi Borang Permohonan Sijil dengan butiran yang betul.
Sila ambil maklum bahawa sijil hanya dijana SEKALI SEBULAN. Hanya peserta yang lulus sebelum atau pada 15hb bulan tersebut akan mendapat sijil pada akhir bulan itu.
Jika anda lulus pada atau selepas 16hb, sijil anda akan dijana pada akhir bulan SETERUSNYA.
Terdapat beberapa kemungkinan, antaranya:
1. Anda telah memohon sijil tetapi sebenarnya belum lagi lulus semua kuiz dan tugasan. Sila ke Semakan Kelulusan KGDL untuk mengulangi kuiz atau menghantar tugasan yang belum lulus.
2. Anda telah lulus dan memohon sijil sebelum atau pada 15hb. Sijil anda tercicir dalam proses penjanaan. Sila gunakan borang Hubungi Kami untuk memaklumkan kami antara 25hb - 28hb pada bulan anda lulus semua modul.
3. Anda telah lulus tetapi memohon sijil selepas 15hb. Harap bersabar, sijil anda akan dihantar pada akhir bulan seterusnya.
Anda boleh masukkan lima (5) mata LADAP sebagai Latihan Kendiri selepas mendapat sijil.
Untuk penganjur, isikan KPM dan UNICEF Malaysia.
Untuk tarikh kursus, anda boleh mengisi tarikh anda lulus semua modul, atau pada hari anda menerima sijil.
Untuk sebarang persoalan mengenai Komuniti Guru Digital Learning, sila isikan borang ini.