Berdasarkan laporan UNESCO, hampir 1.37 billion murid di seluruh dunia berada di rumah disebabkan penutupan sekolah bagi menangani pandemik COVID-19. Inisiatif untuk menggunakan multimedia telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan di merata dunia untuk memastikan kesinambungan pembelajaran.
Walaupun e-pembelajaran bukan lah sesuatu yang boleh dicapai oleh setiap murid disebabkan kekangan infrastruktur, namun ia adalah salah satu pendekatan yang boleh guru-guru gunakan bagi memastikan murid tidak ketinggalan.
E-pembelajaran merupakan suatu pendekatan yang memerlukan perancangan rapi tetapi mempunyai potensi untuk membantu murid belajar dengan efektif dan membantu guru menjadi seorang pemudahcara dalam talian yang berkesan.
Pelantar Digital Learning yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dilayari di http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan moe-dl.
Guru boleh memuat naik pelbagai bahan mengajar ke dalam pelantar untuk kegunaan murid.
Langkah-langkah untuk mula menggunakan pelantar Digital Learning moe-dl:
ID pengguna dan kata laluan telah pun dibekalkan oleh KPM melalui JPN dan PPD kepada pihak sekolah. Dapatkan daripada guru penyelaras ICT. Jika anda guru penyelaras ICT dan ingin dapatkan senarai ID untuk sekolah anda, ikuti langkah-langkah tutorial yang telah dibuat oleh Cikgu Faruze di saluran Youtube nya!
Pastikan ID pengguna dan kata laluan ditaip dengan betul. Bagi pengguna yang baru pertama kali log masuk, anda akan diminta untuk set semula kata laluan. Pilih kata laluan yang selamat dan mudah diingat.
Cikgu boleh mula teroka sumber-sumber guru yang ada pada pelantar ini seperti:
Pembelajaran Digital di Rumah - untuk melihat sumber dalam talian untuk sekolah yang terjejas dengan COVID19
Aktiviti - untuk mula Google Classroom, Microsoft Teams, Latihan 1 atas talian dan Eduweb TV
Bahan PdP - untuk mendapatkan sumber-sumber dalam talian daripada BSTP, IPGM, BPK, MDEC dan banyak lagi!
Antara kemudahan yang disediakan dalam pelantar adalah aplikasi daripada Google seperti:
Pengurusan kelas:
Google Classroom
Google Drive
Google Calendar
Google Sites
Pembinaan bahan mengajar digital:
Google Doc
Google Slides
Google Sheets
Google Form
Google Drawing
Jamboard
Perjumpaan kelas jarak jauh secara "live":
Google Hangouts Meet
Kita akan teroka bersama-sama cara untuk menggunakan aplikasi Google untuk membina pengalaman pembelajaran dalam talian yang efektif untuk anak murid kita!
Tutorial asas Google Classroom dimana guru akan belajar cara mencipta Classroom sendiri, tambah tugasan, tambah guru sebagai kolaborator dan murid ke dalam kelas yang dibina.
Kami kongsikan 5 langkah mudah untuk guru-guru mula merancang pembelajaran murid dalam talian.