Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 10

Menambah kolaborator atau memuat turun

Cara-caranya:


  1. Di menu atas, sebelah kanan, klik 'Share' untuk berkolaborasi dengan cikgu lain (atau co-teacher dalam Google Classroom anda). Tetapkan sama ada cikgu lain boleh 'edit' atau 'view' sahaja.

  2. Klik 'Download' untuk memuat turun karya anda. Boleh klik 'Show more' untuk melihat semua jenis pilihan yang ada. Kita boleh pilih 'Download'. Di 'File type', pilih PNG, JPG atau format yang disukai. (Video GIF pun boleh!) Di 'Select pages', pilih muka surat yang dikehendaki. Tekan 'Download'.

*Tip: Pilih JPG jika akses Internet anda tidak laju. Fail JPG adalah lebih kecil. Namun, hiasan GIF akan menjadi gambar statik sahaja.

  1. Siap! Muat naik infografik ini di Stream Google Classroom untuk menaikkan semangat anak murid.