Modul 1: Jom mula e-pembelajaran!

Modul 1: Bahagian 10

Susun topik dalam Classroom.

Apa itu pengecilan topik?

Pengecilan topik adalah apabila cikgu pecahkan topik pengajaran kepada kandungan pengajaran yang lebih kecil supaya lebih senang untuk dihadam dan diingati murid. Teknik ini berkesan dalam mereka bentuk pengajaran dalam talian yang berkesan.

3 tip untuk mengecilkan topik anda.

Tip 1: Utamakan kandungan penting

Pastikan kandungan pengajaran yang ingin disampaikan adalah kandungan yang penting. Fokus pada isi utama kandungan tersebut. Cuba elakkan terlalu banyak idea atau konsep baru diperkenalkan dalam satu topik. Antara strategi yang boleh digunakan adalah dengan mengenalpasti isi penting topik, satu bahan sokongan seperti gambar atau video.

Tip 2: Pelbagaikan pendekatan

Apabila anda sedang merekabentuk kandungan e-pembelajaran, fikirkan tentang kapasiti murid untuk memproses maklumat. Bukan semua murid mampu untuk memberikan perhatian sepenuhnya apabila kandungan di dalam skrin hanya diberikan dalam bentuk teks atau terlalu panjang. Guru boleh mempelbagaikan pendekatan dengan menggunakan gambar, video dan juga kuiz interaktif. Ini dapat membantu murid memberikan perhatian tanpa membuatkan mereka merasa seperti tenggelam di dalam maklumat.

Tip 3: Susun setiap topik dengan teratur menggunakan Google Classroom

Gunakan Google Classroom untuk menyusun topik-topik pengajaran dengan tersusun. Ada beberapa cara untuk mengatur topik di dalam Google Classroom bagi memudahkan pengurusan kandungan pembelajaran. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menyusun dan mengatur topik pembelajaran di dalam Google Classroom, perkara penting yang perlu diikuti ialah konsistensi! Jangan sering mengubah cara topik disusun untuk memastikan guru dan murid tidak keliru.

Berikut adalah beberapa cara guru boleh mengatur kandungan di dalam Google Classroom supaya nampak kemas, teratur dan tidak mengelirukan. Klik pada tab Classwork, kemudian “Create” dan pilih “Topic”.

Setiap topik boleh disusun mengikut:

1. Mengikut minggu:

2. Susunan mengikut bab

3. Susunan mengikut topik dalam bab

4. Susunan mengikut jenis fail dan aktiviti


Apakah susunan pilihan, cikgu?