Modul 4: Membina penilaian dalam talian

Modul 4: Bahagian 2

Penilaian Kolaboratif dalam talian

Google Classroom membolehkan penilaian yang berbentuk individu dan juga penilaian kolaboratif. Semua aplikasi Google untuk pendidikan membolehkan kolaborasi berlaku di antara guru dengan guru, guru dengan murid dan juga murid dengan murid.

Dalam memastikan anak murid kita mampu untuk mengikuti bahan pengajaran digital yang telah dibina, murid juga perlu berlatih untuk bekerja dalam kumpulan. Google Classroom membolehkan guru-guru memberikan tugasan secara individu dan juga dalam kumpulan. Kemampuan untuk berkolaborasi adalah antara kemahiran abad ke-21 yang amat penting. Kemahiran ini masih boleh dipupuk walaupun dalam persekitaran pembelajaran digital.

Dengan menggunakan aplikasi dan pendekatan yang sesuai, murid boleh berhubung dengan satu sama lain, berkongsi idea dan berkomunikasi secara efektif.

3 tip untuk mula memudahcara kerja berkumpulan dalam talian:

Video langkah-langkah untuk meminta murid berinteraksi dengan satu sama lain di dalam Classroom.
M4 Bahagian 2





Tip 1: Bina komuniti dalam talian

Bina pengajaran di mana murid memperkenalkan diri dengan satu sama lain. Gunakan ruangan komen dan minta murid memberi respon kepada sekurang-kurangnya 2 rakan lain. Murid sedang membina kehadiran sosial dan akan merasakan mereka adalah sebahagian daripada komuniti. Kehadiran sosial dalam talian adalah sesuatu yang penting untuk memastikan murid merasakan yang ada yang melihat dan mendengar suara mereka. Lihat contoh pada video di sebelah:

Langkah 1: Bina topik Pengenalan

Langkah 2: Tulis arahan dengan jelas. Minta murid:

  1. Tinggalkan biodata mereka di ruangan komen kelas (Class comments) dan BUKAN Private comments.

  2. “Reply” komen kepada sekurang-kurangnya 2 rakan mereka

Langkah 3: Lihat komen-komen yang ditinggalkan oleh anak murid anda. Pastikan setiap murid mendapat “reply” daripada sekurang-kurangnya seorang rakan di dalam kelas.

M4 Bahagian 2, Tips 2
Video langkah-langkah untuk memberikan tugasan berkumpulan.

Tip 2: Pemberian tugasan berkumpulan

Pastikan murid telah dibahagikan dalam kumpulan supaya senang untuk berikan tugasan.

Langkah 1: Pastikan anda mempunyai senarai nama murid dalam kelas yang telah disusun mengikut kumpulan.

Video langkah-langkah membuat salinan tugasan untuk setiap kumpulan.

Langkah 2: Bina tugasan dan label tugasan dengan baik. Buat salinan/ “Make a Copy” tugasan untuk kumpulan yang berbeza.

Video langkah-langkah memberikan tugasan mengikut kumpulan.

Langkah 3: Bina tugasan dan arahan dalam Google Classroom. Pautkan tugasan daripada Google Drive. Tukar setting kepada “Student can edit” supaya murid dalam kumpulan yang sama boleh bekerjasama dalam dokumen yang sama.

Langkah 4: Pastikan “All students” tidak diklik dan hanya murid dalam kumpulan yang sama diklik sebelum klik “Assign”. Tugasan akan menjelma di dalam Classwork.

Langkah 5: Untuk mengulangi tugasan ini untuk kumpulan yang lain, klik “Create” dan pilih “Reuse post”. Dengan cara ini, guru tidak perlu mengulangi langkah-langkah lain. Pastikan guru buang pautan lama dan pautkan tugasan untuk kumpulan baru dan pilih ahli kumpulan yang betul.

Tip 3: Pastikan nama tugasan dan arahan untuk aktiviti kolaboratif diberikan dengan jelas.

Namakan tugasan kolaboratif dengan menambah “Kerja kumpulan” untuk memastikan guru dan murid tidak terkeliru. Jelaskan langkah demi langkah perkara yang perlu dibuat supaya murid tidak keliru. Jika video ringkas perlu dibuat untuk menjelaskan arahan tugasan, sila berbuat demikian. Cuba ramalkan soalan yang mungkin akan timbul dari anak murid dan pastikan jawapannya jelas ditunjukkan.