Modul 3: Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Modul 3: Bahagian 1

Elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Apakah maksud interaktif? Menurut kamus Dewan Bahasa, elemen interaktif membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara pengguna dengan pengguna melalui komputer. Sebagai contoh, Google Form boleh menghubungkan guru dengan murid kerana murid boleh menjawab soalan guru melalui Google Form tersebut. Maklumat beralir dari guru kepada murid dan dari murid kembali ke guru melalui Google Form.

Elemen-elemen interaktif dalam bahan pengajaran boleh menarik minat dan memastikan murid memahami topik pengajaran kita.

Dalam Modul 3, kita akan melihat cara-cara untuk menambahkan elemen interaktif dalam bahan pembelajaran murid dan pengajaran guru untuk meningkatkan penglibatan murid semasa e-pembelajaran.

3 tip untuk menambah elemen interaktif dalam e-pembelajaran

1. Bina pelan pengajaran sebelum memilih elemen interaktif

Pastikan bahan pengajaran anda (Google Slides atau Docs) sama seperti pelan pengajaran biasa di mana kita mempunyai set induksi, isi pengajaran dan penutup. Selepas itu, pilih jenis interaksi yang sesuai untuk setiap bahagian.

2. Pilih elemen interaktif berdasarkan objektif pengajaran anda

Elemen interaktif merupakan salah satu cara untuk membantu murid menumpukan perhatian semasa pengajaran kita. Oleh itu, kita perlu memastikan elemen interaktif yang dipilih boleh membantu kita mencapai objektif pengajaran dan bukanlah sebagai gangguan.

3. Penerangan jelas di awal pengajaran

Terangkan di awal pengajaran jenis interaksi yang terdapat pada pengajaran tersebut. Pastikan murid memahami cara untuk berinteraksi dalam pengajaran kita. Berikan arahan yang tepat dan mudah supaya kita tidak membuang masa menerangkan aktiviti dan kurang masa untuk melaksanakan pengajaran.

Kandungan Modul 3

Google Form sebagai Kuiz

Google Form adalah adalah antara aplikasi kegemaran guru-guru untuk dijadikan kuiz bagi penilaian formatif dan sumatif. Lihat bagaimana fitur kuiz Google Form dapat membantu guru-guru dalam menjadikan pengajaran dalam talian lebih menarik!

(Modul 3: Bahagian 2 - 3)

Quizziz dan Kahoot

Quizziz dan Kahoot adalah aplikasi luaran yang boleh diperkenalkan menggunakan aplikasi Google. Quizziz dan Kahoot mempunyai unsur-unsur permainan dan persaingan positif yang dapat menceriakan pengalam e-pembelajaran anak murid.

(Modul 3: Bahagian 4 - 5)

Fitur interaktif Google Slides

Google Slides bukan sahaja boleh digunakan sebagai pembentangan. Dengan fitur interaktif yang ada pada Google Slides, ia membolehkan murid bertanya soalan, membuat nota. Sebuah fitur khas, "Pear Deck" juga dapat membawa pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih tinggi!

(Modul 3: Bahagian 6 - 9)

Google Meet untuk pengajaran secara langsung "live"

Pengalaman e-pembelajaran yang menyeluruh melibatkan perjumpaan secara "live" yang boleh dijadualkan melalui Google Meet. Guru boleh bersemuka dengan murid secara langsung dan jalankan sesi perbincangan secara "live"!

(Modul 3: Bahagian 10 - 11)