Modul 3: Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Modul 3: Bahagian 10

Google Meet

Google Hangout Meets membolehkan guru mengajar secara langsung dan mempunyai fitur-fitur supaya guru boleh berinteraksi dengan murid. Mari kita lihat slaid tutorial di bawah untuk cara memulakan kelas secara langsung menggunakan Google Meet.

Video-video di bawah menunjukkan beberapa contoh penggunaan Google Hangout Meets untuk pengajaran secara langsung.

Video penggunaan Google Slides + Google Meet

Contoh 1: Pengajaran sejarah

Pengajaran ini menggunakan dua jenis alat iaitu Google Slides dan Google Meet. Google Slides digunakan untuk mengajar sesuatu konsep dan Google Meet digunakan untuk membuat perbincangan dengan murid.

Bolehkah cikgu bayangkan melakukan kelas secara langsung untuk kelas cikgu masing-masing menggunakan Google Slides dan Google Meet?

Kongsikan di Jamboard bagaimana cikgu ingin menggunakan Google Meet dan Google Slide untuk menganjurkan kelas secara langsung.

Video penggunaan Google Slides, Jamboard & Google Meet.

Contoh 2: Pengajaran Matematik

Pengajaran ini menggunakan dua jenis alat iaitu Google Jamboard dan Google Slides.

Google Jamboard sesuai digunakan untuk menunjukkan pengajaran yang memerlukan tulisan guru seperti pengajaran Matematik. Google Hangout Meets membolehkan kita kongsikan skrin kita secara langsung supaya murid boleh mengikuti pengajaran secara langsung.

Google Slides juga mempunyai pelbagai jenis templat kuiz. Templat yang digunakan untuk contoh pengajaran ini terdapat daripada laman web INI.

Video penggunaan Google Docs, Google Form, Slides, Jamboard & Google Meet.

Contoh 3: Pengajaran Bahasa Melayu

Pengajaran ini menggunakan dua jenis alat iaitu Google Docs + Google Forms dan Google Slides.

Google Docs digunakan sebagai bahan mengajar dan juga alat untuk murid memberikan jawapan mereka. Google Form digunakan untuk membuat penilaian murid.

Apakah lagi alat Google yang cikgu boleh fikirkan untuk berguna sekali gus dengan Google Meets untuk meningkatkan penglibatan murid semasa kelas secara langsung di Google Meets? Kongsikan idea guru dalam Jamboard ini.

Kelebihan Google Hangout Meets ialah ia membolehkan guru menggunakan alat-alat Google melalui fungsi Screen Sharing untuk mengajar secara langsung. Selain itu, murid juga boleh menunjukkan skrin mereka semasa pengajaran berlangsung.

Tip tambahan untuk menggunakan Google Hangout Meets dengan efektif:

Tip 1: Mengajar murid terlebih dahulu etika menggunakan Google Hangout Meets.

Sediakan penerangan ringkas seperti contoh ini untuk menerangkan kepada murid cara menggunakan Google Hangout Meets.

Tip 2: Guna Google Calendar atau sediakan jadual Google Hangout Meets supaya murid tidak mempunyai alasan terlupa sesi e-pembelajaran