Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 4

Peraturan dalam Kelas Maya

Persekitaran digital yang positif, kondusif dan selamat dapat membantu pembelajaran. Selain prosedur, cikgu boleh menambah peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh murid. Jika peraturan ini dilanggar, kemungkinan ada tindakan yang akan diambil.

Cikgu digalakkan membincang peraturan-peraturan bersama murid untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada mereka juga.

Antara contoh peraturan-peraturan kelas maya termasuklah:

  • Berucap dengan sopan.

  • Penerangan tentang apa yang boleh dikategorikan sebagai buli siber. Contoh: mengejek atau menuduh kawan dengan niat jahat, melukakan hati orang lain dan berkata itu ‘lawak sahaja’, merakam atau membuat rakaman skrin (‘screenshot’) tanpa kebenaran, dan sebagainya.

  • Melapor segera kepada guru jika mendapat tahu ada kejadian buli siber dalam kelas.

  • Guru akan memaklumkan kepada murid jika sesi kelas tersebut sedang dirakam. Rakaman itu adalah untuk murid menonton semula dan tidak boleh dikongsikan kepada orang lain atau di media sosial.

  • Apa yang akan dikira sebagai gangguan ‘spam’ dan apakah amaran atau tindakan yang akan dikenakan.

Apakah peraturan-peraturan lain yang cikgu ingin laksanakan dalam kelas maya anda?

Catatkan 5 peraturan yang cikgu ingin anak murid amalkan di Padlet: https://padlet.com/ (Tambah kolum ‘Peraturan Kelas’)