Modul 4: Membina penilaian dalam talian

Modul 4: Bahagian 1

Penilaian dalam talian

Penilaian dalam talian adalah penting sebagai indikasi kepada guru jika murid mampu mengikuti bahan pengajaran digital yang disediakan atau tidak. Dengan pelbagai aplikasi dalam talian, penilaian bukan sahaja boleh menjadi menarik tetapi juga menyenangkan tugas guru melalui automasi dalam penandaan.

Modul ini akan melihat cara-cara membina penilaian dalam talian untuk individu dan juga secara kolaboratif serta strategi penandaan dan maklum balas yang mudah untuk guru. Guru juga akan meneroka fitur Gradebook yang mampu membuat analisis pencapaian murid secara langsung.

Kandungan Modul 4

Tugasan kolaboratif

Tugasan kolaboratif penting untuk memupuk semangat kerjasama dan kemahiran abad ke-21. Lihat bagaimana guru boleh memberikan tugasan kolaboratif di dalam talian.

(Bahagian 2)

Menanda Google Form

Google Form berfungsi dengan baik untuk diberikan sebagai kuiz. Penandaan kuiz boleh dilakukan secara automatik ataupun manual dengan mudah.

(Bahagian 3 - 4)

Menggunakan rubrik untuk penandaan

Google Classroom menyenangkan tugas penandaan dengan memberikan guru fitur rubrik bagi tugasan berbentuk esei atau kerja kursus/lapangan.

(Bahagian 5 - 6)

Gradebook di dalam Google Classroom

Gradebook di dalam Google Classroom memudahkan guru melihat perkembangan murid sepanjang proses e-pembelajaran mereka dengan adanya catatan markah setiap murid.

(Bahagian 7 -8)