Google Slides mempunyai diagram atau rajah yang nampak profesional dan menarik. Dengan adanya fitur diagram, guru-guru tidak perlu memikirkan cara untuk menyusun maklumat dengan kemas. Berikut adalah jenis diagram yang tersedia dan contoh perkara-perkara yang boleh ditunjukkan berdasarkan subjek-subjek di sekolah:
Jadual grid - untuk menunjukkan data penting
Hiraki - untuk menunjukkan hirarki Tamadun Rom
Garis masa - untuk menunjukkan garis masa Zaman Air Batu
Proses - untuk menunjukkan proses kemahiran saintifik dalam Sains
Hubungan - konsep set dalam matematik
Kitaran - untuk menunjukkan kitaran hujan
Dalam video tutorial dibawah, guru-guru akan melihat cara-cara untuk menambah dan mengedit diagram di dalam Google Slides.
Video tutorial untuk melihat cara edit diagram di Google Slides:
Setiap elemen pada diagram ini boleh disunting, contohnya warna dan saiz teks, warna dan saiz kotak, dan sebagainya mengikut kreativiti cikgu.