Kita boleh berinteraksi dengan akaun-akaun yang mempunyai akses kepada dokumen yang sama melalui beberapa cara:
Fitur Comments: tinggalkan komen atau maklum balas di bahagian tertentu pada dokumen.
Fitur Suggesting: tinggalkan cadangan perubahan pada dokumen untuk pemilik dokumen terima atau tolak.
Fitur Tag: Untuk memastikan komen dan cadangan diberikan kepada pemilik akaun yang betul, kita boleh tagkan emel mereka supaya mereka mendapat notifikasi.
Maklum balas yang konstruktif dan dihantar tepat pada masanya dapat membantu murid merasa kehadiran dan bimbingan guru dalam proses pembelajaran dalam talian mereka. Melalui Google Docs, maklum balas boleh diberikan dengan mudah melalui fitur Comments.
Klik dan tarik pada bahagian yang ingin ditinggalkan maklum balas (highlight).
Kotak berbentuk “+” akan menjelma di bahagian tepi Google Doc.
Klik pada kotak dengan tanda"+".
Taipkan maklum balas anda dan klik Comment.
Video di bawah menunjukkan cara guru boleh meningalkan maklum balas kepada hasil kerja murid di dalam Google Docs.
Klik pada turned in
Klik pada dokumen yang dihantar
Highlight pada bahagian yang ingin ditinggalkan komen.
Tambah komen pada Add to bank untuk komen yang sering digunakan.
Murid akan melihat komen apabila tugasan mereka di kembalikan, Return.
Fitur kolaboratif Google Doc juga membolehkan murid dan guru mencadangkan penambahbaikan atau perubahan yang boleh dibuat di dalam Google Doc tanpa mengubah kandungannya sebelum cadangan diterima.
Klik pada ikon pensel pada bahagian atas kanan dan klik Suggesting .
Mula taip pada Google Doc untuk tinggalkan cadangan anda. Cadangan akan menjelma dalam warna hijau dan kotak “Suggesting” akan timbul dengan tanda ✓ dan X.
Murid boleh menerima cadangan dengan memilih untuk klik ✓ atau menolak cadangan dengan memilih untuk klik X.
Video tutorial di bawah menunjukkan cara memberikan cadangan dan cara untuk menerima atau menolak cadangan yang diberikan:
Kadang kala, apabila sebuah dokumen dikongsi dengan beberapa akaun, terdapat kemungkinan kita terlepas pandang komen yang ditujukan pada kita. Dengan menggunakan "tag", akaun yang ditujukan akan mendapat notifikasi.
Apabila Google Docs dikongsikan dengan beberapa pengguna akaun lain, komen yang ditinggalkan mungkin boleh mengelirukan kerana tidak jelas komen yang diberikan ditujukan kepada siapa. Untuk memberikan notifikasi kepada seseorang spesifik yang mempunyai akses kepada Google Doc, taipkan emel mereka di ruangan komen. Dengan cara ini, pengguna akaun yang ditag akan mendapat notifikasi untuk tindakan seterusnya.
Video tutorial di bawah menunjukkan bagaimana seorang murid tag gurunya untuk mendapatkan maklum balas.