Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 11

Tugasan 1: Menghasilkan poster pengumuman Canva

Bayangkan anda telah mengajar dan memberi sebuah tugasan dalam talian kepada murid pada minggu ini. Gunakan Canva untuk membuat sebuah pengumuman atau rumusan mingguan kelas berbentuk visual untuk dipaparkan di Stream Google Classroom sebagai galakan untuk murid.

Anda boleh memilih sebarang templat yang sesuai. Antara templat yang dicadangkan adalah Poster atau Infografik, namun anda bebas memilih yang lain.

Visual anda perlulah:

  • Mengandungi 3-5 maklumat. Salah satu maklumat perlulah berkaitan dengan topik atau tugasan yang anda telah berikan pada minggu tersebut.

  • Menggunakan elemen percuma sahaja melainkan anda ingin membayar untuk elemen berbayar. Jika tidak, anda tidak boleh memuat turun fail tersebut.

  • Dimuat turun untuk dihantar pada penghujung modul ini nanti.

  • Tulis nama anda pada nama fail, cth: Atika_Sulaiman.jpg