Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 9

Mengedit dan mengformat Canva

Cara-caranya:


  1. Edit teks. Klik pada teks yang hendak ditukar. Sebuah menu melintang akan muncul di atas untuk menukar jenis font, saiz, warna dan sebagainya. Taip semula teks baharu dan tukar ke format yang disukai.


  1. Edit gambar dan warna. Klik pada gambar sedia ada. Sebuah menu melintang akan muncul di atas untuk menukar warna, saiz dan sebagainya. Tukar mengikut kehendak cikgu.


  1. Apabila anda klik pada gambar, anda juga boleh:

  • Mengubah saiz dengan menarik sudut gambar

  • Mengubah kedudukan dengan menekan ikon anak panak 4 arah

  • Memusing gambar dengan menekan ikon anak panah berpusing


  1. Anda juga boleh muat naik gambar. Di panel sebelah kiri, cari "Uploads" dan muat naik gambar dari peranti sendiri.


  1. Tambah video, audio lagu atau GIF jika suka. Pilih dari menu sebelah kiri atau muat naik dari simpanan cikgu, contohnya Google Drive atau komputer.


  1. Untuk membuang elemen, teks atau gambar, klik padanya dan tekan ‘delete’ pada keyboard. Anak panah kiri (undo) dan kanan (redo) akan muncul di atas, jangan takut jika tersilap atau mahu mengulang balik.

Video menunjukkan cara mengedit teks dan gambar dalam Canva.

*Perhatian: Jika templat anda mempunyai gambar atau sebarang elemen yang mempunyai logo (‘watermark’) Canva, ertinya anda perlu membayar untuk menggunakannya. Untuk melihat senarai elemen berbayar pada templat anda:

  1. Klik ‘Download’ di sebelah atas, hujung kanan.

  2. Jika terdapat elemen berbayar, butang hijau akan tertulis ‘Pay and Download.’

  3. Juga akan ditulis bilangan ‘Premium images’ dan jumlah bayaran yang diperlukan.

  4. Klik anak panah di ‘Premium images’ untuk melihat senarai gambar atau elemen yang berbayar.

Anda boleh memilih sama ada untuk membuat bayaran untuk menggunakannya, atau menggantikannya dengan bahan percuma dari galeri (panel hitam sebelah kiri).

Tip-tip menarik untuk dicuba!


  • "Frame" berbentuk bulat untuk gambar.
    Di "Elements", skrol sehingga ternampak "Frames". Klik bentuk bulat. Kemudian klik balik ke "Photos"/"Uploads". Tarik gambar ke dalam bentuk bulat tadi. Gambar akan terpapar dalam bingkai bulat!

  • "Gradients" warna-warni. Di "Elements", skrol ke "Gradients". Klik sebuah imej, dan ia akan terpapar di tengah skrin. Klik imej tersebut, perhatikan bahawa di panel atas ada kotak kecil menunjukkan warna-warna yang digunakan untuk imej ini. Anda boleh klik pada kotak tersebut untuk menukar ke tema warna yang disukai.

  • GIF hiasan. Di "Elements", taip "gif" atau "moving" untuk mendapatkan pelbagai GIF yang sungguh mengasyikkan. Gabungkan perkataan untuk carian spesifik, cth: "moving glitter", "arrow gifs" dan sebagainya.