Modul 1: Jom mula e-pembelajaran!

Modul 1: Bahagian 7

Google Classroom daripada pandangan murid

Bagaimana pula dengan pandangan murid?

Video di bawah menunjukkan Google Classroom dari sudut pandangan murid.

Video Classroom dari sudut pandangan murid.

Lihat langkah-langkah Google Classroom dari sudut pandangan murid

Masuk ke kelas guru

  1. Masuk ke laman classroom.google.com untuk log-in menggunakan akaun moe-dl masing-masing.

  2. Murid akan melihat kelas yang telah menjemput akaun mereka. Klik Join.

  3. Murid akan melihat pengumuman yang dibuat guru di laman utama dalam Classroom.

  4. Murid boleh balas pengumuman dengan klik reply.

Melihat bahan pengajaran dan tugasan

  1. Pada bahagian Classwork, mereka boleh melihat semua bahan yang telah diterbitkan, bahan bacaan atau material, atau bahan latihan atau assignment. Mereka juga dapat melihat bahan mengikut topik-topik yang telah diagihkan.

  2. Murid boleh membuka bahan bacaan yang dibuat menggunakan Google Doc, tetapi mereka tidak boleh menyunting dokumen tersebut.

  3. Jika cikgu mahu mereka melakukan perbincangan, mereka boleh menulis komen di bahagian bawah pada ruangan discussion pada bahan tersebut.

  4. Murid boleh melakukan latihan yang telah disediakan, contohnya dengan mengakses kuiz yang dicipta melalui Google Forms.

  5. Murid boleh klik pada pautan Google Form yang disediakan, dan menjawab soalan-soalan pada kuiz tersebut. Apabila mereka submit, mereka boleh terus melihat hasil jawapan mereka.

Untuk guru

  1. Apabila murid meninggalkan, cikgu boleh melihat komen itu serta merta.

  2. Tugasan yang telah disiapkan juga boleh terus dilihat, bersama juga dengan prestasi mereka melalui tab Classwork bagi setiap latihan yang diberikan.

  3. Bagi setiap murid yang menyiapkan tugasan, cikgu perlu Return markah mereka, dan boleh memilih untuk memberikan maklum balas kepada hasil kerja mereka melalui feedback.

M1 Bahagian 7