Sebenarnya, jawapannya tidak jauh daripada apa yang cikgu telah amalkan di dalam kelas bersemuka. Apa yang berbeza ialah kita harus memberi lebih perhatian untuk memberi ruang untuk murid (dan juga cikgu) untuk berseronok dalam kelas. Antara lain, cikgu mungkin mahu mencuba idea-idea di bawah.
Membina hubungan yang baik mengambil masa, jangan risau jika murid masih belum dapat menyesuaikan diri dalam talian. Jangan terlalu kritikal akan kelemahan sendiri sebagai guru ya.
Sedar ataupun tidak, cara kita mengendalikan kelas dalam talian akan mencorakkan amalan anak murid kita dalam tabiat dalam talian mereka. Cikgu sebagai pendidik sedang membentuk murid menjadi warga digital atau ‘digital citizens’ yang bertanggungjawab serta menyumbang kepada dunia! Syabas, cikgu!
Kongsikan pautan Padlet anda dengan 2 rakan guru lain untuk mendapatkan pandangan mereka.
Jika mereka belum menyertai KGDL, ajaklah mereka untuk mengikuti bersama-sama. Anda juga boleh memberikan pendapat untuk tugasan mereka di peringkat ini.