Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 8

Memilih templat dan mengenali fitur-fitur Canva

Jika ini kali pertama anda mendaftar masuk ke Canva anda boleh melihat jenis-jenis templat yang disediakan.

Langkah-langkah seterusnya:

  1. Klik 'Create a design'.

  2. Pilih kategori yang diingini, contohnya ‘Infographic.’

  3. Pilih 'layout' yang disukai dan klik pada gambar tersebut. Teks, gambar dan warna boleh ditukar nanti.

  4. Klik ‘Use this template’.

  1. Di panel sebelah kiri, terdapat pelbagai fitur. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.

  • Templates: Menunjukkan template yang digunakan sekarang

  • Photos: Galeri gambar yang boleh diguna dalam template anda

  • Elements: Ikon dan ilustrasi

  • Text: Menukar format teks

  • Videos: Galeri video pendek

  • Background: Latar belakang

  • Uploads: Memuat naik gambar atau video anda

  • Folders: Pembelian, gambar/ikon yang ditanda dengan 'Like' akan disimpan di sini

  • More (tiga titik): Menambah sumber dari aplikasi lain


  1. Di atas templat yang digunakan, akan ditulis muka surat. Terdapat juga fitur-fitur lain:

  • Ikon kertas (Add notes): Menambah nota untuk tatapan sendiri, nota ini tidak akan muncul dalam infografik.

  • Anak panah (naik dan turun): Untuk ke muka surat lain jika ada lebih daripada 1 muka surat

  • Ikon 2 segi empat bertindih (Copy page): Menyalin muka surat dan dihasilkan

  • Ikon tong sampah (Delete page): Membuang muka surat yang dipilih

  • Tanda + (Add page): Menambah muka surat menggunakan template yang sama

Video menunjukkan cara memilih templat dan menggunakan fitur Canva.