Kahoot membolehkan kita berinteraksi secara langsung dengan murid semasa sesi pengajaran e-pembelajaran. Kahoot menpunyai ciri-ciri seperti muzik dan pertandingan markah untuk menarik perhatian murid.
Video ini menunjukkan demo pandangan guru (bahagian kiri) dan pandangan murid (bahagian kanan) apabila kuiz kahoot dilancarkan.
Search Kahoot di Google dan tekan pada pautan ke laman kahoot.com.
Klik Sign up for free untuk cipta account baru di dalam laman Kahoot .
Pilih jenis akaun (akaun guru, sekolah, administratif atau bisnes).
Klik pada Sign up with Google untuk daftar dengan akaun moe-dl.
Di halaman Home, terdapat beberapa pautan yang penting:
Terdapat 2 jenis kaedah soalan yang boleh dibina di dalam kahoot (bagi akaun percuma). Kaedah tersebut adalah:
multi-choice
True or false
Klik pada Create Kahoot atau Create untuk bermula. Kemudian klik pada New Kahoot.
Taip soalan. Character limit bermaksud ada limit kepada bilangan huruf yang boleh ditaip.
Taip pilihan jawapan dan tetapkan jawapan yang betul.
Tetapkan masa bagi setiap soalan - berapakah durasi untuk menjawab setiap soalan.
Klik Add question untuk menambah soalan.
Pilih True or False.
Taip pilihan jawapan dan tetapkan jawapan yang betul.
Klik Upload image untuk menambah gambar.
Tetapkan masa bagi setiap soalan - berapakah durasi untuk menjawab setiap soalan.
Klik pada Setting.
Taipkan nama dan deskripsi kuiz.
Pilih bahasa kuiz ini.
Pilih untuk jadikan kuiz ini private (hanya untuk kegunaan sendiri bersama murid) atau public (sesiapa yang menggunakan kahoot boleh mencari kuiz ini untuk digunakan dengan murid mereka).
Klik Done.
Terdapat 2 cara untuk menggunakan kuiz Kahoot:
Guna Game Code.
Melalui Google Classroom.
Klik Play pada kuiz yang dibina.
Klik Teach. Ini akan memulakan Live game yang boleh digunakan untuk mendapatkan jawapan serta merta daripada anak murid.
Pilih Classic jika murid bermain secara individu atau Teams jika murid bermain dalam kumpulan.
Live game akan memberikan Game Pin untuk murid taipkan di kahoot.it untuk mula main. Nama murid akan menjelma pada ruangan players.
Klik Start untuk mula apabila semua murid telah memasukkan pin.
Klik Play pada kuiz yang dibina.
Klik Assign.
Tetapkan tarikh dan masa sebelum kuiz ini berakhir. Murid tidak dapat bermain kuiz ini selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Seramai 100 orang murid boleh mendapatkan akses kepada kuiz ini.
Klik Create. Guru akan diberikan pilihan:
Pilihan 1: Kongsikan Link yang diberikan.
Pilihan 2: Kongsikan Challenge Pin yang diberikan.
Pilihan 3: Kongsikan terus ke Google Classroom.
Klik Google Classroom dan guru akan dibawa ke laman Google Classroom.
Pilih kelas yang akan menggunakan kuiz ini.
Tetapkan kuiz ini sebagai bahan assignment, soalan, announcement ataupun bahan ulangkaji.