Google form boleh ditanda secara:
automatik (fitur Quiz dan import grade)
berdasarkan individu
berdasarkan soalan
Video tutorial yang disediakan dalam modul ini akan melihat bagaimana guru boleh menanda dan memberikan maklum balas kepada murid secara individu ataupun berdasarkan soalan.
Google Form mampu merumuskan jawapan yang dihantar oleh murid. Rumusan yang boleh dibuat oleh Google Form adalah seperti berikut:
Soalan yang paling kerap salah
Bilangan murid yang mendapat betul bagi setiap soalan
Purata, median dan julat markah murid
Dalam video ini, kita akan melihat cara-cara untuk memberikan markah dan maklum balas kepada setiap murid. Kita akan melihat cara-cara untuk:
Melihat jawapan yang dihantar melalui “Responses”
Mencari soalan yang ingin ditanda secara individu
Memberikan markah pada soalan tersebut
Memberikan maklum balas kepada soalan tersebut
Cara untuk simpan / “Save” maklumbalas yang diberikan
Guru juga boleh memberikan markah dan maklum balas berdasarkan soalan. Dalam video ini kita akan melihat cara-cara untuk:
Melihat jawapan yang dihantar melalui “Responses”
Menanda berdasarkan soalan.
Memberikan markah secara kategori
Markah penuh: Klik tanda ✓
Markah separuh: Masukkan markah yang ingin diberikan
Tiada markah: Klik tanda x
Memberikan maklum balas.
Simpan / “Save” maklumbalas yang diberikan.
Menanda soalan seterusnya.
Selepas guru sudah selesai menanda soalan kuiz dan memberikan maklum balas, guru boleh pulangkan tugasan kepada murid melalui emel. Dalam video ini kita akan melihat cara-cara untuk:
Mencari hasil kerja murid.
Melepaskan markah kepada murid melalui “Release Score”.
Menghantar emel kepada murid.