Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif
Modul 5: Bahagian 13
Tugasan 2: Rancang strategi budaya kelas digital anda
Jika anda belum mengisi Padlet anda dari bahagian 2, 3, 4, dan 5 sebelum ini (Rutin, Peraturan dan Interaksi), sila siapkan dahulu sebelum membuat tugasan ini.
Baiklah, sekarang imbas kembali hasil catatan cikgu di Padlet.
Perhatikan
Apakah idea baharu yang boleh ditambah ke dalam Padlet anda?
Adakah strategi yang dicatatkan itu mengambil kira keperluan setiap murid dalam kelas yang anda pilih untuk kursus ini?
Adakah amalan yang dituliskan anda boleh laksanakan? Pilih beberapa idea yang realistik bagi anda dan yang menarik sahaja sebagai permulaan.
Ini tugasan anda:
Bina sebuah rancangan strategi untuk pengurusan budaya kelas dalam talian anda.
Berdasarkan catatan Padlet dalam Bahagian 2, 3, 4 dan 5 dalam Modul 5 ini (Rutin, Peraturan dan Interaksi), kumpulkan idea-idea terbaik untuk menghasilkan rancangan pengurusan budaya kelas dalam talian untuk SATU kelas sahaja.
Sediakan rancangan tersebut dalam Google Docs atau Google Slides.
Rancangan anda perlulah mengandungi ciri-ciri berikut:
Nama kelas, subjek, dan nama guru.
Kongsikan serba sedikit tentang anak murid dalam kelas ini: apakah kekuatan dan kelemahan mereka, prestasi pencapaian, mengapa cikgu memilih kelas ini untuk tugasan ini.
Rutin harian untuk diterapkan dalam e-pembelajaran bersama kelas ini.
Peraturan-peraturan yang akan dilaksanakan.
Amalan interaksi positif yang ingin diterapkan dalam kelas digital ini. Nyatakan 1-2 tujuan anda memilih amalan-amalan ini/ mengapa tidak memilih pendekatan lain.
Muat turun fail Google Docs/ Google Slides tersebut.
Hantarkan strategi anda menggunakan pautan di bawah muka surat ini.
Tahniah! Sekarang cikgu mempunyai sebuah rancangan komprehensif untuk kelas dalam talian anda.
Senarai semak untuk langkah-langkah seterusnya:
Apabila anda klik link di bawah, anda akan diminta:
Memuat naik pengumuman visual dari Canva (Tugasan 1). Pastikan anda telah menyiapkan poster/infografik pengumuman anda. Jika belum, sila kembali ke bahagian 7 hingga 11 dalam Modul 5 ini. Nama anda perlu ditulis pada nama fail, cth: Atikah_Sulaiman.jpg
Memuat naik rancangan budaya kelas digital dari Google Docs/ Google Slides (Tugasan 2). Sila siapkannya dahulu. Pastikan nama anda ditulis pada nama fail.
Menjawab soalan-soalan maklum balas. Segala pandangan dan cadangan anda amatlah dihargai!