Anda telah mempelajari ilmu teknikal penggunaan pelbagai aplikasi. Tahniah!
Dalam Modul 5, kita beralih fokus ke pengurusan kelas. Anda tidak akan mempelajari banyak kemahiran teknikal, tetapi akan diminta memikirkan keperluan pengurusan kelas dalam talian anda agar lebih efektif dan bermakna.
Sedia? Jom mulakan!
Pernahkah cikgu mengalami perasaan seperti itu?
Belajar dalam talian mungkin sesuatu yang baharu untuk murid dan guru. Kadang-kala, kelas dalam talian terlampau bising, ada murid enggan mengambil bahagian, ada yang menghantar emoji bertalu-talu sehingga menjadi gangguan atau ‘spam’.
Untuk mengelakkan situasi-situasi yang tidak diingini, pengajaran dalam talian memerlukan pengurusan kelas yang teratur.
Apakah tabiat-tabiat positif yang cikgu mahu terapkan dalam kelas anda?
Apakah perkara wajib dan sempadan dalam kelas anda?
Bagaimanakah cara mengeratkan lagi hubungan dalam kelas?
Anda akan menggunakan aplikasi Padlet untuk merancang dan menyusun Prosedur, Peraturan dan Interaksi positif dalam kelas.
Hasilkan pengumuman mingguan yang menarik serta meningkatkan motivasi murid dalam kelas anda dengan menggunakan aplikasi Canva.