Modul 3: Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Modul 3: Bahagian 2

Google Form

Google Form adalah sebuah aplikasi yang sangat berguna untuk cikgu. Google form boleh digunakan sebagai kuiz untuk soalan yang pelbagai seperti:

  • Jawapan pendek

  • Pelbagai pilihan (soalan objektif)

  • Kotak semakan (check boxes)

  • Senarai menu ke bawah (dropdown)

  • Pelbagai grid pilihan (Multiple choice grid)

Cuba lihat borang biodata di sebelah untuk melihat contoh soalan/jawapan yang boleh di sediakan.

Video menunjukkan 3 cara untuk membuka Google Form.

3 cara untuk membuka Google Form

Berikut adalah 3 cara anda boleh membuka Google Forms.

  1. Google Applications (bahagian atas kanan) > Google Forms.

  2. Layari forms.google.com.

  3. Google Drive > Folder Classroom anda > New > More > Google Forms.

2 jenis Google Form

Google Form mempunyai dua jenis format iaitu Form dan Quiz. Beza yang paling ketara antara Form dan Quiz ialah Quiz membolehkan penghasil meletakkan jawapan yang betul untuk setiap soalan dalam borang tersebut. Fungsi ini tidak terdapat dalam format Form.

1. Format Form

Format Form sesuai digunakan apabila guru ingin:

  • Mendapatkan pendapat murid

  • Membuat undian

  • Atau sebarang borang yang tidak mempunyai jawapan yang betul

Mari kita tonton video tutorial di bawah untuk belajar cara menghasilkan Form di Google Form.

deo menunjukkan 11 jenis soalan yang boleh dibina dengan Google Form.

Video 1: Jenis soalan

Video ini menunjukkan 11 jenis soalan yang anda boleh hasilkan dalam Google Form.

Video menunjukkan cara-cara mengedit dan mengformat soalan di Google Form.

Video 2: Edit/format soalan

Video ini menunjukkan beberapa ciri-ciri soalan dalam Google Form seperti:

  1. Menambah imej dalam soalan dan jawapan

  2. Membuat salinan soalan

  3. Menambah deskripsi pada soalan

2. Format Quiz

Video langkah-langkah untuk menetapkan Google Form sebagai kuiz.

Format Quiz sesuai digunakan apabila guru ingin:

  • Menguji tahap pemahaman murid

  • Atau sebarang borang yang mempunyai jawapan yang betul

Jenis dan ciri-ciri soalan dalam Format Quiz adalah sama seperti Format Form. Perbezaannya ialah Format Quiz membolehkan kita menambah jawapan yang betul.

Video di bawah menunjukkan cara menghasilkan Quiz di Google Form and ciri-ciri soalan dalam format Quiz.

Tip tambahan Google Form!

Sekarang anda telah berjaya memahami fungsi asas Google Form. Apa lagi kehebatan Google Form yang boleh membantu meningkatkan tahap penglibatan murid dalam e-pembelajaran? Tonton video tutorial ini untuk belajar beberapa fungsi tambahan di Google Form.

  • menetapkan kata laluan

  • menghantar sijil secara automatik selepas borang dihantar

  • "Escape room" menggunakan Google Form!

Tetapkan kata laluan

Ini adalah cara anda boleh mengawal siapa yang boleh menjawab kuiz anda. Di dalam Google Form:

  1. Bina section break.

  2. Bina soalan dengan Data Validation.

  3. Setkan jawapan kepada Number > Equal to dan taipkan kata laluan yang ditetapkan. Anda boleh letakkan teks ralat jika sesiapa memasukkan kata laluan yang salah.

  4. Jadikan soalan ini wajib dijawab sebelum mereka boleh ke seksyen seterusnya.

Menghantar sijil secara automatik selepas borang dihantar

Anda juga boleh setkan Google Form untuk menghantar sijil secara automatik selepas murid mengisi borang atau menyelesaikan kuiz dengan berjaya.

  1. Tambahkan add-on Certify 'em pada Google Form dan enable it.

  2. Klik On di Status.

  3. Setkan markah lulus.

  4. Pilih template sijil.

Contoh Google Form yang dibina seperti "Escape Room"!

Membina "Escape Room" dengan Google Form!

Kalau cikgu belum pernah dengar konsep "Escape Room", ia adalah sebuah permainan di mana anda terperangkap di dalam sebuah bilik dan perlu menyelesaikan teka-teki di sekeliling untuk melepaskan diri daripada bilik tersebut.

Dengan menggunakan Section break di dalam Google Form, cikgu boleh membina Escape Room maya untuk murid! Lihat contoh Escape Room digital yang bertemakan Harry Potter ini.

Wah! Banyaknya cara menarik untuk menggunakan Google Form!

Bagaimanakah cikgu menggunakan Google Form dalam e-pembelajaran? Kongsikan dengan kami!