Modul 2: Bina bahan pengajaran digital

Modul 2: Bahagian 10

Menyunting (edit) Google Slides

Elemen penyuntingan Google Slides hampir sama dengan Google Docs. Di bawaha adalah elemen-elemen penting yang akan membantu anda mengubah format teks pada Google Slides.

Video langkah-langkah menyunting teks pada Google Slides.

Video ini menunjukkan cara-cara cikgu boleh mengubah format teks pada Google Slaid. Antara pilihan format untuk teks adalah:

  1. Menukar jenis font.

  2. Menukar saiz font.

  3. Bold, italicize, underline (tebalkan, sengetkan dan gariskan).

  4. Menukar warna teks.

  5. Menggunakan senarai nombor dan bullet point.

Menambahkan gambar, imej pada Google Slides

Penggunaan visual dapat membantu murid fokus dengan pembelajaran dalam talian. Penggunaan visual yang sesuai juga dapat membantu murid memproses kandungan pengajaran dengan lebih baik.

Terdapat beberapa cara untuk menambah gambar atau imej pada Google Slides. 3 cara asas untuk menambah gambar adalah:

  1. Menambah gambar dari komputer.

  2. Menambah gambar melalui carian di internet.

  3. Menambah gambar melalui Google Drive.

Video tutorial ini menunjukkan cara menambah imej dan membuat perubahan dari segi saiz dan posisi gambar pada slaid.

Video langkah-langkah untuk menambah imej pada Google Slides.

3 cara untuk memuat naik gambar

Terdapat 5 cara untuk memuat naik gambar pada Google Slides, tetapi 3 cara utama akan ditunjukkan iaitu:

  1. Gambar dari komputer

  2. Gambar dari pencarian internet

  3. Gambar dari Google Drive