Modul 3: Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Modul 3: Bahagian 6

Fitur interaktif Google Slides

Google Slides bukan sahaja sebuah aplikasi yang boleh digunakan untuk menunjukkan kandungan pengajaran dalam bentuk visual, imej dan animasi. Google Slides juga mempunyai fitur interaktif yang dapat meningkatkan penglibatan murid semasa e-pembelajaran.

Untuk tutorial seterusnya, kita akan melihat 3 cara Google Slides boleh digunakan secara interaktif:

  1. Fitur Q&A

  2. Salinan Google Slides kepada setiap murid

  3. Penggunaan Pear Deck

Video menunjukkan fitur Q & A bagi Google Slides.

Fitur interaktif 1: Q&A

Fitur Q&A sesuai digunakan apabila guru ingin membentangkan Google Slide anda. Fitur Q&A membolehkan murid bertanya soalan apabila guru sedang membentangkan Google Slide.

Video tutorial di bawah menunjukkan bagaimana cara untuk memulakan fitur Q&A dalam Google Slides dan contoh interaksinya.

Rumusan langkah-langkah untuk menggunakan fitur Q&A:

  1. Klik present with presenter view.

  2. Klik audience tool di presenter view.

  3. Klik start new.

  4. Kongsikan pautan untuk tanya soalan kepada murid dan mula guna.

Fitur interaktif 2: Salinan murid

Salah satu cara untuk menambah interaksi dalam Google Slide anda adalah dengan menghasilkan nota interaktif melalui Google Slides. Guru boleh memberikan salinan slaid pengajaran asal kepada murid dan menyuruh murid mencatatkan pendapat dan jawapan terus di salinan slaid tersebut. Ini membolehkan murid belajar dengan lebih aktif semasa melalui slaid pengajaran kita.

Guru boleh lihat contoh di bawah untuk melihat bagaimana Google Slides digunakan sebagai nota interaktif.

Video menunjukkan cara menggunakan speakers note sebagai elemen interaktif.

Speakers note, comment & highlight

Video tutorial ini menunjukkan 3 cara untuk meningkatkan penglibatan murid semasa membaca slaid pengajaran iaitu:

  1. Tambah pendapat pada bahagian speakers note.

  2. Tambah comment untuk menjawab soalan dalam slaid pengajaran.

  3. Highlight jawapan yang betul pada slaid pengajaran.

Video menunjukkan cara menghasilkan salinan slaid secara automatik bagi setiap murid.

Menghasilkan salinan slaid pengajaran secara automatik

Sebelum kita boleh memberikan slaid pengajaran kepada murid untuk berinteraksi, kita perlu pastikan slaid pengajaran yang diberi merupakan salinan slaid asal. Ini adalah kerana kita tidak ingin semua murid edit slaid pengajaran yang sama dan mengubah isi kandungan slaid pengajaran asal.

Video ini menunjukkan cara untuk menghasilkan salinan slaid pengajaran kepada setiap murid secara automatik.


Bolehkah guru memikirkan cara-cara lain untuk menambahkan elemen interaksi dalam slaid pengajaran anda?