Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif

Modul 5: Bahagian 3

Tutorial 12: Padlet

Padlet ialah sebuah aplikasi yang mudah untuk mengumpul dan mengelaskan idea-idea secara visual. Terdapat akaun percuma dan berbayar, dan kita akan menerokai akaun percuma untuk modul ini.

Video menunjukkan cara-cara menggunakan padlet.

Lihat langkah-langkah untuk mula menggunakan padlet:

Langkah 1: Log masuk atau daftar

  1. Taip Padlet atau https://padlet.com/ di browser anda.

  2. Daftar masuk jika anda sudah mempunyai akaun.

  3. Bagi pengguna kali pertama, klik ‘Sign up’.

  4. Isikan maklumat yang berkenaan.

Langkah 2: Bina padlet baru

  1. Di menu atas, klik butang ‘Make a Padlet’.

  2. Pilih format susunan yang dikehendaki. Untuk modul ini, kita gunakan ‘Shelf’. Klik ‘Select’.

  3. Di panel kanan bernama ‘Modify’, isikan tajuk dan maklumat yang dikehendaki. Anda juga boleh menukar latar belakang, warna, font dan sebagainya di panel ini.

  4. Untuk kembali ke panel Modify bila-bila masa, tekan ikon gear di atas.

Langkah 3: Mula tambah maklumat pada padlet anda

  1. Namakan ‘column’ anda sebagai Prosedur dan Rutin Kelas.

  2. Klik ikon ‘+’ untuk menambah nota atau amalan yang ingin diterapkan.

  3. Untuk menambah kategori lain, klik ‘Add column’ di tepi ruang ini. Anda boleh mengatur semula kolum dengan menariknya ke kiri atau ke kanan.

Langkah 4: Kongsikan padlet anda dengan rakan-rakan

Untuk menjemput orang lain untuk melihat atau mengedit Padlet anda, klik ‘Share’ di menu atas hujung kanan. Anda boleh:

    • Berkongsi Padlet ini melalui emel, pautan, kod QR, di Facebook dan sebagainya.

    • Mengawal privasi di ‘Change privacy’ dengan 4 jenis tetapan: Private, Password, Secret atau Public.

    • Mengawal kebenaran yang diberi kepada tetamu dengan 3 jenis tetapan: Can read, Can write atau Can edit.

    • Mengeksport atau simpan dan muat turun Padlet anda dalam pelbagai format seperti PNG, PDF dan sebagainya.

Jom mulakan catatan di Padlet!