Video tutorial dibawah menunjukkan langkah-langkah guru memberikan tugasan dalam bentuk Google Doc dan pandangan murid apabila mereka mendapat salinan Google Doc daripada guru mereka.
Video langkah-langkah untuk memberi tugasan kepada murid menggunakan Google Docs.
Sebelum tugasan boleh diberikan, guru-guru perlu memastikan jika lampiran dokumen hanyalah untuk tatapan murid atau untuk di edit.
Murid perlu log masuk ke Google Classroom.
Pada tab Stream, murid akan melihat pengumuman bahawa tugasan telah diterbitkan.
Murid boleh klik pada pengumuman ataupun pergi ke tab Classwork.
Klik pada tugasan dan Google Doc akan terbuka dengan nama murid di bahagian tajuk Google Doc.
Jawab tugasan dan klik Turn In.