Modul 5: Membina persekitaran digital yang positif


Modul 5: Bahagian 2

Prosedur dan rutin kelas


“The number 1 problem in the classroom is not discipline, but lack of procedures and routines.”
- Dr Harry Wong

Begitulah kata-kata seorang pendidik dari California yang bernama Dr Harry Wong yang menekankan kepentingan mengamalkan tabiat yang positif dalam kelas. Beliau yang juga seorang penulis buku pengurusan kelas berkata dalam sebuah wawancara di sini : “Saya jarang mengulas tentang peraturan. Prosedur bukanlah peraturan. Sebuah prosedur ialah sebuah tindakan. Prosedur mengurangkan keperluan untuk menetapkan peraturan dan hukuman disiplin.”

Apakah prosedur dan peraturan yang cikgu amalkan dalam kelas anda sekarang?

Perbezaan Prosedur & Peraturan

Contoh-contoh prosedur:

  • Waktu berkumpul di kelas maya. Cth: berkumpul di Google Meets 5 minit sebelum kelas bermula.

  • Cara-cara menghantar tugasan digital. Cth: Hantar gambar esei di Whatsapp atau Google Classroom.

  • Apakah yang murid perlu buat jika tidak dapat hadir, lewat ke kelas maya, atau tidak menghantar tugasan.

  • Memasang kamera agar pengucap tidak kelihatan seperti ‘bercakap dengan dinding’.

  • Memadamkan mikrofon (‘mute’) jika tidak berucap dan mengambil giliran jika mahu berucap.

Rutin juga boleh dirancang dari segi rancangan pengajaran anda, misalnya:

PERMULAAN

  • Bertanya khabar untuk mengetahui keadaan murid, terutamanya dari segi emosi dan mental.

SEMASA PENGAJARAN

  • Attention Grabber: Apa yang cikgu akan buat atau kata untuk mendapatkan perhatian murid? Cth:
    - Guru sebut "Cekodok, Karipap", murid jawab "Semua Senyap" dan diam menunggu arahan guru. Atau "Amanah, Cemerlang" dan murid balas "Bijaksana, Terbilang". Boleh gunakan pelbagai idea mengikut kesesuaian kelas.
    - Gunakan kesan bunyi ('sound effects') yang lucu atau aneh, contohnya dari Soundbible.com
    Adakan slot untuk murid bersembang atau berbincang. Pembelajaran ialah sebuah aktiviti sosial, bukan menonton secara pasif. Kelas yang bermakna mesti melibatkan murid-murid berinteraksi, bercakap, bertanya, bekerja bersama-sama dan membuat refleksi.

  • Kiraan masa ('timer') untuk menyiapkan kerja. Paparkan 'timer' untuk murid menyelesaikan tugasan semasa kelas, contohnya dari Youtube atau Online-Stopwatch.com .

PENUTUP

  • Membuat refleksi di penghujung kelas, contohnya bertanya sama ada murid dapat ikut apa yang diajar, adakah mereka suka cara penyampaian hari ini, dan apakah yang boleh dibaiki.

  • Memberi pengumuman untuk kelas seterusnya.

Apakah prosedur dan rutin yang ingin diamalkan dalam kelas dalam talian anda? Sebelum ke segmen seterusnya, catat 5 rutin yang sesuai untuk kelas cikgu dengan menggunakan Padlet: https://padlet.com/

Ikuti langkah-langkah memulakan catatan Padlet anda di segmen seterusnya.