Pendekatan dalam talian adalah cara guru-guru menyampaikan informasi dan kandungan pembelajaran di alam maya. Terdapat pelbagai pendekatan dalam talian termasuklah menggunakan video Youtube, pembentangan slaid, rakaman “kuliah” pengajaran ataupun tugasan yang dihantar melalui sosial media seperti Telegram, whatsapp dan sebagainya.
Setiap pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dan memberikan efek yang berlainan kepada proses pembelajaran murid. Bagi memastikan e-pembelajaran yang direkabentuk adalah efektif untuk murid, guru perlu memastikan pendekatan yang digunakan adalah pelbagai dan dapat menarik perhatian murid dan mampu memenuhi objektif pembelajaran mereka.
Kandungan dalam Modul 2 akan memberikan fokus kepada aplikasi-aplikasi yang dapat mebantu guru-guru membina bahan pengajaran digital di dalam talian. Antara aplikasi tersebut adalah:
Sesuai digunakan untuk nota dan tugasan berbentuk subjektif dan esei.
Sesuai untuk menyusun pengajaran berserta imej, video dan animasi.
Sesuai untuk merakam suara dan pengajaran ringkas dalam bentuk video.