Kita akan melihat tab People pada Google Classroom untuk menambah murid masuk secara manual menggunakan akaun emel mereka. Bagi Google Classroom yang dibina dengan emel moe-dl, emel murid yang ditambah mestilah emel moe-dl mereka.
Sampaikan mesej "Selamat datang" di ruangan pengumuman kepada ahli-ahli baru kelas anda dengan mengikuti langkah di bawah:
Pada tab Stream, klik pada ruangan share yang disediakan.
Taipkan pengumuman, contohnya untuk memberitahu bahawa assignment baharu telah diterbitkan.
Klik pada butang Post.