Aksesibiliti untuk semua

Berikut adalah tip-tip tambahan untuk memastikan anak murid yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran dapat menggunakan bahan pengajaran digital yang dibina oleh guru-guru.

Screen reader/Pembaca skrin

Screen reader/ pembaca skrin adalah suara yang membacakan teks yang ada pada skrin anda. Screen reader berguna bagi murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan.

Aplikasi Google seperti Google Classroom, Google Docs, Google Slides, Google Form dan sebagainya boleh digunakan untuk screen reader atau pembaca skrin untuk sistem operasi berikut:

  • ChromeOS: Gunakan pembaca skrin ChromeVox

  • Microsoft Windows: Gunakan pembaca skrin JAWS atau NVDA

  • Mac: Gunakan Chrome atau VoiceOver

Panduan tambahan untuk:

Di tab Tools bagi produk Google, klik pada Accessibility settings untuk memastikan fitur aksesibiliti dipasang.

Video fitur aksesibiliti dengan Google Docs.

Langkah untuk memastikan fitur aksesibiliti telah diaktifkan.

Video menggunakan pembaca ChromeVox pada Chromebook.

ChromeVox

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin ChromeVox

  • Mula ChromeVox: Ctrl + Alt +Z

  • Navigasi antara kawalan (butang, pautan dan sebagainya): Tab atau Shift+Tab

  • Navigasi antara elemen: Shift+Search+Arrow keys

NVDA

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin Non Visual Desktop Access (NVDA) untuk Microsoft Windows

  • Mula NVDA: Ctrl+Alt+N

  • Henti NVDA: Caps Lock+Q

  • Pause speech/henti bacaan sekejap: Shift

  • Stop speech/ henti bacaan: Control

  • Pautan seterusnya: K

  • Heading/Tajuk seterusnya: H

  • Pautan sebelumnya: Shift+K

  • Heading/Tajuk sebelumnya: Shift + H

  • Teruskan video dari mula: J

  • Imej seterusnya: G

JAWS

Gunakan pintasan berikut untuk pembaca skrin Job Access with Speech (JAWS) untuk Microsoft Windows

  • Navigasi antara kawalan (butang, pautan dan sebagainya): Tab/Shift+Tab

  • Butang: B

  • Elemen berbeza: D

  • Kembali ke baris sebelumnya: Shift+J

  • Penanda: K

  • Penanda sementara: Ctrl+K

  • Berhenti selepas elemen: Shift+Period

  • Berhenti sebelum elemen: Shift+Comma

VoiceOver

Gunakan pintasan di bawah untuk pembaca skrin VoiceOver untuk macOS

  • Kunci VoiceOver: Ctrl+Alt

  • Baca semua: VO+A

  • Mula atau henti VoiceOver: Command+F5

  • Pautan imej seterusnya: VO+Command+G

  • Pautan imej sebelumnya: VO+Command+Shift+G

  • Pautan sebelumnya: VO+Command+Shift+L

  • Pautan seterusnya: Ctrl+Option+Command+L

Gunakan Google Slide dengan sarikata (English)

Jika anda membina bahan pengajaran menggunakan Google Slide, anda boleh membuat pembentangan dengan sarikata! Namun begitu, sarikata ini hanya berfungsi dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Sari kata boleh membantu murid yang mempunyai masalah pendengaran untuk mengikuti pembentangan anda. Fitur sarikata Google Slides boleh menapis kata-kata tertentu seperti kata pengisi "uhmm", "ahh" atau kata-kata kesat.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk menggunakan sarikata dengan Google Slides.

Video menggunakan sari kata dengan Google Slides.

Langkah 1: Klik pada present.

Langkah 2: Klik pada Captions. Pintasan kekunci adalah "Ctrl," "Shift," "C".

Anda boleh menyusun sari kata anda untuk berada di atas atau di bawah skrin mengikut kesesuaian atau memilih saiz sari kata yang sesuai dengan klik pada anak panah di sebelah kanan Captions seperti di bawah.

Pilih Top untuk meletakkan sari kata di bahagian atas skrin atau Bottom untuk di bawah.


Pilih saiz teks - Small, Medium, Large atau Extra Large.

Alt text

Alt text digunakan untuk memberikan penjelasan kepada imej-imej yang digunakan dalam bahan pengajaran. Ini dapat membantu screen reader atau pembaca skrin untuk menjelaskan kepada pengguna deskripsi imej samaada imej tersebut sekadar hiasan atau mempunyai maklumat penting.

Penggunaan alt text boleh mengubah pengalaman seseorang murid semasa membaca sebarang dokumen atau melayari laman web yang dicipta kerana ia memberikan konteks kepada pelajar atau pengguna melalui deskripsi gambar yang diberikan.

Langkah-langkah untuk menambah alt text kepada imej.


Pautan bermaklumat (Hyperlink)

Setiap teks atau gambar boleh dihubungkan dengan pautan. Pautan tersebut boleh diberikan tajuk atau deskripsi untuk membantu pembaca skrin mengimbas/membaca teks untuk memahami konteks pautan yang diberikan. Pautan ini boleh diletakkan di mana-mana bahagian teks pada produk Google seperti Google Docs, Google Sheets, dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk membuat pautan bermaklumat (Hyperlink)


Saiz teks dan penjajaran

Bagi setiap bahan yang dibina, pastikan untuk menggunakan saiz teks yang besar dan penjajaran tengah atau ke kiri untuk membantu pembacaan pengguna.

Pembesaran atau Magnification dapat membantu murid yang mempunyai masalah penglihatan.

Jika anda ingin besarkan teks pada laman, gunakan pintasan kekunci "Ctrl," "+". Untuk kembali ke saiz asal, tekan "Ctrl," "0".


Video menunjukkan cara menggunakan pembesaran skrin.

Pintasan Kekunci

Gunakan pintasan kekunci untuk menjimatkan masa dan membantu anda menyunting teks atau gambar pada setiap produk GSuite, seperti Google Docs, Google Sheets dan sebagainya, dengan mudah tanpa perlu beralih kepada penggunaan tetikus.

Pintasan kekunci boleh membantu anda atau murid anda yang lebih berkemahiran dalam penggunaan papan kekunci daripada penggunaan tetikus atau pad jejak (trackpad) pada komputer riba.

Pada setiap produk Google, anda boleh tekan CTRL + / untuk mengakses senarai pintasan kekunci pada produk tersebut.

Video menunjukkan beberapa contoh kegunaan pintasan kekunci

Contoh pintasan kekunci lain:

  1. Masukkan perenggan pada Google Docs: CTRL + ] atau CMD + ]

  2. Pekatkan teks atau bold: CTRL + B atau CMD + B

  3. Superscript: CTRL + . atau CMD + .

  4. Subscript: CTRL + , atau CMD + ,

  5. Masukkan pautan kepada teks atau gambar: CTRL + K atau CMD + K

  6. Besarkan saiz gambar atau imej yang telah dimuatnaik kepada Google Doc: CTRL + ALT + K atau CTRL + CMD + K

  7. Berikan komen pada Google Docs: CTRL + ALT + M atau CMD + OPTION + M

*Butang CMD adalah untuk kegunaan Mac

Tip tambahan: Untuk senangkan proses mengingati pintasan kekunci yang biasa digunakan, tuliskan pintasan tersebut pada Post-It dan lekatkan pada komputer anda.

Gambar menunjukkan senarai pintasan kekunci untuk Google Sites yang diakses dengan cara menekan CTRL + /

Paparan Braille

Alat paparan Braille pada produk Google boleh digunakan bersama dengan paparan Braille yang disambungkan secara luaran kepada komputer. Ia dapat membantu dengan pembacaan output teks pada komputer menggunakan deria sentuhan.

Paparan Braille dapat membantu murid yang mempunyai penglihatan yang kurang jelas atau buta. Ia juga boleh menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana murid lain mungkin berminat dengan penggunaan paparan Braille yang digunakan oleh rakan sekelas mereka.

Untuk menggunakan paparan Braille:

  1. Pastikan Chromevox Screenreader telah dipasang (Lihat pada bahagian Chromevox di atas untuk maklumat lanjut).

  2. Pada Google Docs, klik pada bahagian menu Tools > Accessibily Settings > Pasangkan Screen Reader Support and Braille Support. (Lihat pada gambar rajah di bawah) .

Jika anda menggunakan Chromebook untuk mengakses Chromevox, anda boleh tekan pada Search + O + O untuk mendapatkan senarai tetapan Chromevox

Video menunjukkan cara menggunakan paparan Braille bersama aplikasi ChromeVox

Langkah memastikan paparan Braille telah diaktifkan.


Penaipan Teks menggunakan Suara

Penaipan teks boleh diisikan menggunakan suara dengan cara merekod suara menggunakan fungsi mikrofon pada alat peranti anda, dan ia akan ditukarkan kepada teks secara automatik. Fitur ini boleh digunakan pada aplikasi Google Docs atau Google Slides.

Penggunaan suara untuk menghasilkan teks dapat membantu murid yang mempunyai masalah dyslexia atau dysgraphia. Ia juga boleh digunakan untuk sesiapa yang merasakan lebih mudah untuk bercakap daripada menaip pada papan kekunci.

Langkah-langkah dibawah menunjukkan cara untuk mula penggunaan penaipan teks menggunakan suara.


Video menunjukkan cara menggunakan penaipan teks menggunakan suara

Google Docs

  1. Anda perlu pastikan bahawa *mikrofon pada alat peranti anda telah dipasang.

  2. Pada aplikasi Google Docs, klik pada butang Tools dan pasangkan Voice Typing. (Lihat pada gambar rajah di bawah).

  3. Ikon mikrofon akan muncul pada paparan skrin. Apabila anda ingin mula bercakap, klik sahaja pada mikrofon dan mula bercakap. Tip tambahan: Pastikan kadar pertuturan anda tidak terlalu laju atau lambat.

  4. Perkataan akan muncul secara automatik pada dokumen tersebut.

  5. Apabila selesai, tekan pada ikon mikrofon sekali lagi.

*Kepada pengguna PC, check pada Contol Panel. Pengguna Mac, boleh check pada System Preferences.



Langkah untuk menggunakan penaipan teks menggunakan suara di Google Docs.

Google Slides

  1. Buka pembentangan anda. Klik pada Tools, kemudian klik pada Voice Type Speaker Notes. (Lihat pada gambar rajah di bawah)

  2. Dengan cara yang sama, klik pada ikon mikrofon yang muncul pada paparan skrin dan anda boleh mula bercakap. Perkataan akan muncul secara automatik sebagai teks pada bahagian nota pembentangan anda.


Pintasan kekunci untuk mengakses penaipan teks menggunakan suara: CTRL + SHIFT + S atau CMD + SHIFT + S. Pintasan kekunci ini akan terus memunculkan ikon mikrofon pada paparan skrin anda untuk memulakan proses penaipan menggunakan suara.

Langkah untuk menggunakan penaipan teks menggunakan suara di Google Slides.