Modul 2: Bina bahan pengajaran digital

Modul 2: Bahagian 13

Membina rakaman pengajaran

Bagi guru yang mempunyai slaid atau gambar sebagai bahan pengajaran, anda boleh merakam pembentangan slaid sekali dengan suara untuk menjelaskan pengajaran. Dengan cara ini, guru boleh berkongsi rakaman “kuliah” di atas talian. Pastikan setiap pengajaran atau rakaman telah diringkaskan kepada 3- 5 minit sahaja supaya murid tidak leka apabila menontonnya. Rakaman ini boleh dihantar kepada murid melalui media sosial atau dimuat naik kedalam Google Classroom

Sediakan nota interaktif dan juga tugasan untuk memastikan pembelajaran yang aktif dapat berlaku.

Antara perisian yang boleh digunakan untuk merakam pelayar anda adalah Screencastify.

Tip untuk membina rakaman pengajaran yang efektif

Tip penting: Gambar/visual yang digunakan adalah pelengkap kepada penjelasan audio dan bukan sebaliknya!

Cara-cara untuk menambah elemen interaktif kepada video.

Bagi memastikan murid menonton video secara aktif, guru-guru boleh menambah elemen interaktif kepada rakaman pengajaran yang ingin dihantar:

Sediakan nota bimbingan bersama-sama dengan video.

Apabila murid menulis sambil menonton video rakaman pengajaran berdasarkan nota bimbingan yang diberikan, murid dapat mengingati dan mendalami kandungan yang ingin disampaikan dengan lebih baik.

Tanyakan soalan di dalam video.

Apabila guru-guru bertanyakan soalan di dalam video, ini boleh membantu murid berinteraksi dengan video dan memberikan motivasi kepada murid untuk teruskan dengan bahan pengajaran.

Aplikasi untuk rakam layar

Terdapat pelbagai aplikasi rakam layar yang percuma dan berbayar di internet. Antaranya adalah Screencastify, Screencast-o-matic, Loom dan sebagainya. Microsoft Powerpoint juga mempunyai fitur Record Screen yang boleh digunakan untuk merakam layar dan audio anda.

Bagi Modul 2 untuk bahagian ini, kita akan melihat cara-cara menggunakan perakam layar Screencastify. Fitur-fitur yang diberikan kepada akaun percuma bagi aplikasi ini sudah memadai untuk kegunaan pengajaran dalam talian. Berikut adalah antara fitur yang disediakan:

  • akaun percuma mempunyai limit masa selama 5 minit bagi setiap rakaman (sudah memadai kerana rakaman video yang terlalu lama juga boleh menyebabkan murid hilang fokus).

  • fitur kursor tetikus yang membantu memberikan fokus tambahan.

  • fitur pen untuk melukis di atas pelayar.

  • rakaman video boleh dimuat naik terus ke Google Classroom!

Lihat langkah-langkah untuk mula merakam layar (screencastify)

Langkah 1: Tambah Screencastify sebagai Chrome "Extension"

Screencastify boleh ditambah sebagai "extension pada pelayar Chrome. Dengan cara ini, setiap kali anda ingin merakam layar, klik terus ke ikon Screencastify di dalam Chrome yang terletak di bahagian atas kanan.

Langkah 2: Mula rakaman

Langkah-langkah untuk mula merakam layar menggunakan Screencastify.

Langkah 3: Gunakan alat Screencastify jika perlu

Sepanjang rakaman, anda boleh melihat senarai alat Screencastify di bahagian bawah kiri. Gunakan alat-alat ini untuk menggunakan fitur tetikus, pen, pemada, webcam, pause atau mula semula rakaman.

Terdapat beberapa contoh penggunaan alat Screencastify di bawah

1: Tetapkan Lokasi Webcam pada skrin

Gerakkan webcam anda di atas skrin.

Klik dan tarik pandangan webcam ke lokasi yang sesuai di atas skrin.

2: Alat tambahan

Gunakan pen dan pemadam.

Gunakan pen untuk menulis nota tambahan atau untuk memberikan penekanan kepada isi penting pengajaran.

3: Penggunaan kursor tetikus pada rakaman

Gunakan fitur kursor untuk menunjukkan langkah-langkah dengan lebih jelas.

Langkah 4: Potong, kongsi atau muat turun video yang dirakam

Muat naik video rakaman layar ke dalam Google Classroom

Dengan Screencastify, anda boleh terus postkan video yang dah siap ke dalam Google Classroom.

  1. Klik Share to Classroom.

  2. Pilih akaun Google Classroom anda.

  3. Pilih Classroom yang ingin dipostkan.

  4. Pilih jenis post atau action - Assignment, Material, Announcement dan sebagainya.

  5. Taipkan post anda, klik Post dan klik View untuk melihatnya di dalam Classroom.

Tip tambahan: Edit rakaman dengan Edpuzzle!

Selain daripada tip-tip interaktif yang diberikan di permulaan bahagian ini, aplikasi Edpuzzle juga boleh digunakan untuk menambah interaksi video supaya murid melalui e-pembelajaran dengan lebih aktif. Lihat langkah-langkah untuk edit rakaman pengajaran di Edpuzzle di bawah atau klik di SINI:

Contoh video yang diedit menggunakan edpuzzle.
Edit Video di Edpuzzle