Modul 2: Bina bahan pengajaran digital

Modul 2: Bahagian 5

Fitur kolaboratif Google Docs

Google Docs mempunyai fitur kolaboratif dimana beberapa akaun boleh edit dokumen yang sama apabila dokumen yang dibina dikongsi. Dengan cara ini, guru-guru boleh bekerjasama dalam membina bahan pengajaran dan murid-murid boleh menjalankan tugasan berkumpulan pada masa yang sama.

Guru dan murid juga boleh memilih untuk berkongsi dokumen sebagai “view only” yang bermaksud dokumen yang dikongsi hanyalah untuk dilihat sahaja. Ini bermakna, akaun yang mempunyai akses kepada dokumen tidak boleh edit dokumen tersebut tapi boleh tinggalkan komen.

Semua akaun yang sedang berkolaborasi akan muncul di bahagian atas kanan dokumen sebagai ikon di dalam bulatan berwarna/bergambar seperti di bawah:

Klik Share untuk memberikan akses kepada pemegang akaun lain.

Tambah pemegang akaun di ruangan Add more people... dengan menaip emel mereka.

Ikon bulatan berwarna/ bergambar bermakna pemegang akaun sedang melihat dokumen ini pada masa yang sama. Klik pada bulatan putih untuk berbual/ chat bersama mereka.