Modul 3: Menambah elemen interaktif untuk pembelajaran aktif

Modul 3: Bahagian 4

Quizziz & Kahoot!

Selain menggunakan Google Form untuk menghasilkan kuiz, kita juga boleh menggunakan aplikasi kuiz yang lain seperti Quizizz dan Kahoot! yang mempunyai elemen gamifikasi (gamification). Pendekatan gamifikasi adalah menggunakan kaedah permainan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif.

Walaupun Quizziz dan Kahoot bukanlah sebuah aplikasi produk Google, tapi kedua-dua aplikasi ini boleh diintegrasikan ke dalam Google Classroom atau produk Google yang lain. Jom kita lihat caranya!

Quizziz

Berikut adalah langkah-langkah untuk mula menggunakan Quizziz:

Video langkah-langkah mendaftar untuk Quizziz

Langkah 1: Daftar untuk Quizziz

Guru boleh daftar menggunakan account moe-dl guru yang sama dengan account yang digunakan untuk Google Classroom di quizziz.com.

Video hubungkan Quizziz dengan Google Classroom

Langkah 2: Hubungkan Google Classroom

Guru sepatutya mempunyai kelas Google Classroom untuk membuat langkah ini.

Langkah 3: Hasilkan kuiz dalam Quizziz

Terdapat 2 cara untuk menghasilkan quiz dalam Quizizz iaitu mencipta kuiz sendiri atau menggunakan kuiz sedia ada dalam aplikasi Quizizz. Setiap kuiz yang dihasilkan di Quizizz boleh dikongsikan oleh guru dari seluruh dunia. Oleh itu, mungkin terdapat kuiz yang sedia guna yang kita boleh pakai guna.

Cara A: Hasilkan kuiz melalui kuiz sedia ada di dalam Quizziz

Cara B: Hasilkan kuiz sendiri di dalam Quizziz

Langkah 4: Berikan kuiz pada murid (Assign)

Terdapat tiga cara untuk kongsikan kuiz kepada murid:

Cara A: Kuiz diberikan kepada semua murid dalam kelas (melalui kelas dalam Google Classroom).

Cara B: Kuiz diberikan kepada murid sebagai latihan.

Cara C: Kuiz dilancarkan secara langsung dalam kelas.

Langkah 5: Jejak perkembangan murid

Quizziz membenarkan guru untuk melihat perkembangan murid daripada jawapan-jawapan yang dihantar. Berikut adalah video yang menunjukkan cara-cara berbeza guru boleh menjejak perkembangan murid.

Pandangan murid: Video ini menunjukkan apa yang murid lihat apabila maklum balas diberikan selepas mereka menghantar kuiz.

Jejak di Quizziz: Cara guru melihat prestasi murid untuk setiap kuiz dalam Quizziz.

Jejak di Google Classroom: Video ini menunjukkan bagaimana guru boleh melihat prestasi murid untuk sesuatu kuiz terus daripada Google Classroom.

Kalau cikgu dah bersedia, klik "play quiz" pada kuiz Quizziz di bawah dan cuba sendiri!