Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM

Kesinambungan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah

Sebagai respon kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan penutupan sekolah, KPM bersama-sama dengan UNICEF Malaysia telah membina sumber dan latihan dalam talian untuk membantu guru mendapatkan kemahiran untuk memulakan e-pembelajaran dengan anak murid. Laman ini dipenuhi dengan langkah-langkah yang boleh cikgu ambil untuk membina sumber pembelajaran dalam talian menggunakan produk pendidikan Google.

Apa itu Komuniti Guru Digital Learning?

Salam sejahtera, cikgu!

Selamat datang ke Komuniti Guru Digital Learning bersama KPM! Sumber di sini disediakan khas buat guru-guru di Malaysia untuk membina kemahiran mereka dalam menjadi guru yang dapat menjalankan PdPc dalam talian menggunakan kemudahan teknologi yang ada.

5 modul untuk membantu anda mula mengajar dalam talian.


5 modul yang disediakan direkabentuk dan disusun untuk membantu guru-guru mula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap bersedia untuk berkongsi bahan pengajaran dengan murid melalui pendekatan dalam talian.

Lengkap dengan video tutorial, visual dan contoh untuk menggunakan aplikasi dalam talian.

Modul ini berfokuskan aplikasi yang tersedia di dalam pelantar Digital Learning KPM seperti produk aplikasi Google untuk pendidikan dan juga aplikasi interaktif luaran seperti Quizziz, Kahoot dan banyak lagi.

Tip-tip tambahan untuk memastikan e-pembelajaran yang berkesan.


Terdapat pelbagai tip tambahan bagi memastikan bahan pengajaran yang dibina guru sesuai dan kandungannya dapat disampaikan dengan efektif.

Latihan profesional guru dalam talian

Latihan profesional guru dalam talian ini bertujuan untuk memastikan guru-guru mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi bagi menjalankan e-pembelajaran untuk pembelajaran jarak jauh. Kemahiran-kemahiran ini juga membolehkan guru berasa lebih selesa dan yakin dalam menggunakan teknologi untuk pendidikan. Bagi pengalaman yang terbaik, guru-guru disarankan untuk mengikuti modul-modul secara kronologi untuk melihat perjalanan e-pembelajaran secara menyeluruh.

Kursus dalam talian ini menggunakan pelantar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Digital Learning dan membimbing guru untuk membina dan menguruskan kelas dalam talian menggunakan produk Google Education seperti Google Classroom, Google Docs, Google Slides, Jamboard dan banyak lagi.

5 modul dalam talian

Modul 1 membawa guru meneroka pelantar Digital Learning KPM, membina Google Classroom sendiri dan mula merancang e-pembelajaran melalui 5 langkah mudah untuk diikuti.

Modul 2 menunjukkan cara-cara membina bahan pengajaran digital melalui pendekatan yang pelbagai menggunakan Google Docs, Google Slides dan perakam layar. Inilah masanya untuk membawa pengajaran anda ke alam maya!

Modul 3 mengajar guru cara-cara untuk menambah elemen interaktif di dalam bahan e-pembelajaran supaya murid belajar secara aktif sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar.

Modul 4 menunjukkan bagaimana teknologi dapat membantu guru dalam proses penilaian murid untuk memastikan mereka tidak tertinggal. Modul ini juga menunjukkan bagaimana guru boleh mengurus markah murid melalui fitur Gradebook di dalam Google Classroom.

Modul 5 memberikan tip-tip tambahan kepada guru untuk membina persekitaran pembelajaran digital yang positif dan hubungan guru dengan murid, murid dengan murid yang kukuh walaupun dari jauh.

Di akhir 5 modul, guru-guru boleh menyiapkan tugasan dengan berkongsi dengan kami bahan-bahan pengajaran digital yang telah dibina untuk mendapatkan sijil Guru Komuniti Digital Learning!

Mulakan e-pembelajaran anda hari ini!

Direktori penuh bagi setiap Modul boleh didapati di SINI.