Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian adalah sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsinya dan nilai sosial. Pakaian melindungi badan manusia yang bugil daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.
Manusia juga menghiaskan badan-badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, badan, dan kadangkala sebagian manusia menandakan kulit mereka dengan tato. Seluruh perhiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dari pesan pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.
Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.