Nama Tempatan: Jerangau, Nama Saintifik: Acorus Calamus, Nama Lain: Jahangau bahasa Lubai, Jeringau, jeringu, calamus, sweet flag, citatrai, Butch Famili: Acoraceae / Araceae Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar Asal: Tumbuhan tempatan.
Keterangan :
Jerangau mudah dijumpai dikawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai. Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm. kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span. Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan bunga berwarna kunig kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
Kegunaan :
Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersalin bersama cekur. Ia memunyai ciri-ciri anti oksidan.