Nama Tempatan: Cermai, Nama Saintifik: Phyllanthus acidus, Nama Lain: Cermen bahasa Lubai, Malay gooseberry, otaheite gooseberry, Aamloki, Wild plum, Iba, Tahitian gooseberry, Otaheite gooseberry, Malay gooseberry, Tjerme, Tjareme, Jimbling, Country gooseberry, Manzana estrella, Groselha, Indian gooseberry, Cherme grosella. sinonim:Phyllanthus distichus, Cicca acida, Cicca disticha L. Famili: Phyllanthaceae/Euphorbiaceae. Asal: Madagascar.
Keterangan:
Tumbuhan Cermai atau nama sains Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan. Buah cermain ini biasanya dimakan mentah bersama garam atau juga dijadikan jeruk. Ia merupan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 kaki tingginya. Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daunnya. Buahnya kecil, berwarna hajau muda dan boleh dimakan. Rasanya masam sekali dan biasanya ia dijadikan jeruk.Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, kaedah layering, tut dan keratan batang.
Kegunaan:
Cita rasa buah cermai sangat asam sehingga kurang cocok dimakan sebagai buah meja. Cermai lebih pas diolah menjadi manisan atau rucuh cermai. Buah yang semakin susah dijumpai ini kaya akan serat yang baik untuk mencegah kanker kolon dan membantu mengatasi sembelit. Vitamin C dan beragam mineral penting di dalam buah cermai bermanfaat sebagai antioksidan. Panas dalam dan sariawan juga bisa di atasi dengan mengkonsumsi buah cermai. Cermai biasanya dijadikan penambah rasa asam di Malaysia. Di tempat-tempat lain, cermai juga digunakan sebagai sos atau dijadikan halwa kering. Ia jarang dimakan mentah kerana rasanya yang amat masam. Di kampung-kampung di Indonesia dan Malaysia cermai dimakan bersama petis dan kuah rujak.
Resep : Budi Sutomo
Rucuh Cermai
Bahan:
500 g buah cermai
5 buah cabai merah besar, haluskan
4 sdm gula pasir
1 sdt garam halus
200 ml air matang
Cara Membuat:
1. Gulingkan buah cermai di atas tampah sambil digoyang-goyang hingga kulit memar. Sisihkan. 2. Di tempat terpisah, didihkan air, masukkan cabai merah, gula pasir dan garam. Masak hingga mendidih. Angkat.
3. Selagi hangat, masukkan buah cermai, aduk rata. Siamkan di dalam kulkas selama 2-3 jam agar bumbu meresap. Sajikan.
Untuk 500 g
Manisan Cermai
Bahan:
600 g cermai
1 kg gula pasir
1 sdt pewarna hijau cair
1 sdt garam halus
600 ml air
Cara Membuat:
1. Larutkan gula, pewarna hijau dan garam dengan air. aduk rata.
2. Didihkan selama 10 menit. Masukkan buah cermai, masak sambil sesekali di aduk hingga gula mengental. Angkat.
3. Jemur manisan cermai selama beberapa hari hingga lapisan gula agak mengering. Simpan di wadah kedap udara.
Untuk 700 g
Sumber : http://www.melur.com, http://budiboga.blogspot.com