Nama Tempatan: Gelam Tikus, Nama Saintifik: Syzygium inophylla, Nama Lain: enggelam tikus. Famili: Myrtaceae, Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar, Asal: Tumbuhan tempatan.
Keterangan :
Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari dikampung-kampung karana rasanya yang enak. Buahnya enak dimakan dan merupakan salah satu buah makanan pavorit burung. Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli dikawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih tidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. Antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Daerah Lubai bahkan pada Negara jiran Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu).
Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil). Habitat semulajadinya selalunya dikawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar dipinggir sawah padi.Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan lanskap yang popular iaitu kelat paya. dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama.jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga.
Kegunaan:
Sebagai tumbuhan ulam dan pagar hidup.
Catatan :
penulis sewaktu kecil, masih tinggal di Desa Baru Lubai Kabupaten Muara Enim.