1. Lingkaran bulatan merah
Merupakan simbolik kepada keinginan organisasi kelab yang membawa sebuah harapan dan fokus dalam mencapai kejayaan.
2. Lingkaran bulatan biru
Merupakan simbolik yang membawa maksud perputaran dan pergerakkan yang dinamik organisasi
3. Simbol bulan sabit merah
Melambangkan sebuah organisasi kelab yang melakukan aktiviti-aktiviti pertolongan kesihatan dan perlindungan perubatan.
4. Simbol tangan yang menyambut bentuk hati
Simbolik bahawa kelab ini akan menjalankan khidmat dan aktiviti dengan semangat sepenuh hati.
5. Simbol tangan yang berwarna biru
Warna biru simbolik kepada ketenangan dan kelembutan setiap ahli Kelab Rakan Kesihatan akan menjalankan tugas dengan penuh mesra dan kesopanan. Warna ini juga merupakan simbolik dan identity UTeM itu sendiri.
6. Simbol hati yang berwarna merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan kekuatan setiap ahli kelab dalam mengharungi cabaran dan pembelajaran sesuatu yang baru.
7. EST 2018
Sebagai simbolik Kelab Rakan Kesihatan merupakan sebuah kelab yang dibentuk dibawah perlembagaan university dan ditubuhkan pada tahun 2018.
8. KRK UTeM
Singkatan daripada KELAB RAKAN KESIHATAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
9. Cogan kata RAKAN KESIHATAN SISWA
Merupakan slogan atau cogan kata Kelab yang menunjukkan ahlinya yang sentiasa dekat di hati semua penuntut-penuntut di UTeM dalam mencapai visi untuk menjadi kelab yang perdana di UTeM dan misi iaitu berkhidmat dan membantu warga UTeM dengan dedikasi, menyampaikan mesej kesihatan kepada warga UTeM dengan penuh komitmen dan menyatupadukan warga UTeM kearah gaya hidup yang sihat.
KRK, Rakan kesihatan siswa.
Menjadi kelab yang perdana di peringkat UTeM
Berkhidmat dan membantu warga UTeM dengan penuh dedikasi.
Menyampaikan mesej kesihatan kepada warga UTeM dengan penuh komitmen.
Menyatupadukan warga UTeM ke arah gaya hidup yang lebih sihat.