Kelab Kebudayaan India ataupun lebih dikenali sebagai KKI telah ditubuhkan pada 2004 untuk memberikan satu platform kepada para mahasiswa/i UTeM bukan sahaja untuk mempelajari tetapi juga mendalami budaya dan tradisi kaum India serta memberikan peluang kepada mahasiswa/i untuk menunjukkan minat dan bakat mereka, tanpa mengira bangsa dan agama. Terdapat 5 kelas kebudayaan yang telah ditubuhkan di bawah KKI agar dapat memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menceburi dan menguasai minat sendiri.
Hari ini, satu kelas dibawah KKI iaitu Kelas Silambam akan/telah membawa persembahan yang menarik, Silambam merupakan seni mempertahakan diri. Kami dari pihak KKI amat menggalakkan sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas-kelas kebudayaan di bawah KKI iaitu Kelas Silambam, Kelas Bharatham, Kelas Urumi, Kelas Peralatan Muzik Tradisional serta UTeM Rythmic Squad. Kelas-kelas ini menerima sesiapa sahaja yang bersemangat tinggi untuk mempelajari dan menjadi ahli keluarga kebudayaan kami.
Untuk mendapatkan makkumat lanjut tentang KKI dan Kelas-kelas Kebudayaan dibawah KKI sila mengunjungi IG page KKI (icsutem).