LATAR BELAKANG
Penubuhan Permuafakatan Siswa Siswi FELDA atau dikenali sebagai PERSADA adalah merupakan aspirasi dan cetusan idea oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak. PERSADA merupakan 3 NGO FELDA bersama-sama dengan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) & Kami Anak FELDA (KAF) di Kelola bawah Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA. PERSADA juga memfokuskan kepada 4 skop utama iaitu pendidikan, kepimpinan, sukan dan kemasyarakatan/kesukarelawan. Kini PERSADA mempunyai 13 universiti yang berdaftar di bawah Majlis Perundingan PERSADA Kebangsaan (MPPK).
“Mahasiswa FELDA, Perintis Generasi Intelektual”
Untuk menyatukan generasi baharu FELDA berpendidikan tinggi.
Meningkatkan semangat persahabatan, permuafakatan dan persefahaman dalam kalangan generasi baharu FELDA.
Menggalakkan program kemasyarakatan dan kesukarelawan dalam kalangan generasi bahru FELDA.
Mewujudkan peluang untuk ahli terlibat dalam program kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.
Medium sumbangan idea dalam membangunkan potensi generasi baharu FELDA.