CAREER PATH CLUB UTeM
LOGO
A. Warna oren - Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat untuk menarik para mahasiswa/i dalam menyertai kelab.
B. Tali leher - Melambangkan seseorang yang mempunyai pekerjaan.
C. Huruf C terbalik - Huruf C terbalik melengkapkan gambaran seperti teropong. Ia ibarat mahasiswa/i yang ingin mencari pekerjaan atau maklumat lanjut tentang pekerjaan dalam bidang yang ingin diceburI.
Latar Belakang
Career Path Club atau dikenali sebagai CPC telah ditubuhkan pada tahun 2018 dibawah Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPAKG) . CPC berperanan sebagai medium hebahan kepada mahasiswa/i dan lepasan graduan UTeM tentang pekerjaan dengan lebih efektif.
Sehubungan dengan itu, CPC juga bertanggungjawab dalam memberi pendedahan awal dan membantu mahasiswa/i dalam kerjaya yang ingin diceburi melalui program yang dijalankan seperti Career Fair dan Career Talk.
CPC memang telah ditubuhkan agak awal tetapi sejak covid-19 gerak kerja CPC telah menjadi perlahan. Oleh itu, pada tahun 2023 CPC ingin kembali aktif serta membantu para mahasiswa/i dalam mendapat pekerjaan dalam bidang yang ingin mereka ceburi.
“THE BEST CAREER GUIDE FOR THE FUTURE”
Diiktiraf sebagai pusat maklumat saluran kerjaya seiring dengan perkembangan semasa.
●Menjadi peneraju dalam penyebaran maklumat pekerjaan terkini kepada mahasiswa/i dan lepasan graduan dari UTeM.
● Membantu PPAKG untuk mahasiswa/i mempunyai pekerjaan selepas tamat belajar
● Membantu PPAKG menghebahkan peluang pekerjaan secara meluas kepada mahasiswa/i UTeM
● Memantapkan CPC dalam aktiviti komuniti kerjaya untuk pembangunan mahasiswa/i secara holistik dan memfokuskan kepada peluang kerjaya terutamanya mahasiswa/i UteM