KELAB PETANQUE UTeM
(UPeQ)
Latar Belakang
Kelab Petanque UTeM ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan atlet-atlet yang berkualiti dengan berpeluang untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Permainan petanque ini lebih mementingkan kemahiran individu serta ketahanan mental atlet dalam pertandingan. Kelab Petanque juga terbuka kepada mana- mana pelajar dari pelbagai fakulti dan tahun pembelajaran yang mempunyai minat dalam sukan petanque ini. Oleh itu, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelajar bagi mencari pelapis atlet petanque UTeM pada masa akan datang.
“THE KRIEGER”
“Memupuk dan membangunkan sukan petanque ke tahap yang lebih cemerlang”
Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi dalam kalangan pelajar UTeM sama ada dalam bidang sukan mahupun bidang akademik.
Meningkatkan kemahiran kepimpinan atlet dalam mengendalikan sesuatu pertandingan.