KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA)
Segitiga Sama & Warna Oren
Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
Sentiasa Siap Sedia
Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.
Bunga Padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.
Latar Belakang
Penubuhan Kor SISPA di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk memperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Dengan menyertai Kor SISPA ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar dari segi soft skill dan kerja berpasukan disamping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum Kor SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cinta kepada tanah air.
“Sedia Pantas Berintegriti”
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam yang kompeten dalam kesiapsiagaan awam, perlindungan rakyat, dan pengurusan bencana.
Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.
KEANGGOTAAN
Pendaftaran sebagai Pegawai Kadet Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
Warganegara Malaysia.
Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ IPG yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan).
Tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform yang lain.
Pendaftaran pegawai kadet adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS/ IPG yang mempunyai Pasukan Kor SISPA.
SUKATAN LATIHAN
1. Pihak Pengurusan IPTA/ IPTS/ IPG adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 5 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
2. Pegawai Kadet SISPA akan mengikuti kokurikulum Kor SISPA selama 5 semester. Sijil asas dan sijil kemahiran akan diberikan oleh APM kepada mahasiswa yang berjaya menamatkan kursus pada setiap semester.
3. Sepanjang menyertai Kor SISPA, Pegawai Kadet SISPA akan melalui beberapa kursus seperti berikut:
i. Kursus Asas Pertahanan Awam
ii. Kursus First Responder Life Support
iii. Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan
iv. Kursus Methodologi Latihan
v. Kursus Bakal Pegawai
4. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan PKS mendapat jam kredit yang ditetapkan oleh IPTA/ IPTS/ IPG masing-masing.
Penilaian berterusan – 70% Peperiksaan akhir – 30%