KELAB PENCHAK SILAT UTeM
Latar Belakang
Kelab Penchak Silat UTeM merupakan satu organisasi yang menghimpunkan semua jenis persatuan silat yang berada di UTeM untuk mewakili kejohanan-kejohanan sukan universiti.Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2004/2005 dan bernaung di bawah UTeM. Organisasi ini diselia oleh pelajar bagi mengimarahkan program dan aktiviti untuk memberi peluang kepada pelajar lain untuk mengetahui tentang organisasi ini dengan lebih lanjut.
Datangmu tidak diundang jika ragu harap pulang
Menaikkan nama UTeM sebagai tempat melahirkan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa.
Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara holistik.
Mengukuhkan kefahaman Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Membina hubungan yang sejahtera dengan semua pihak untuk menyebarluaskan dakwah.
Menyediakan platform untuk membentuk sifat kerohanian dan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa/i UTeM.