· Nama Persatuan – Persatuan Mahasiswa/i Anak Sabah dan Sarawak
· Motto – Unity Through Diversity
· Warna – Penggunaan warna biru, merah putih, kuning dan hitam melambangkan warna-warna yang didapati dalam bendera Sabah dan Sarawak.
· Gunung Kinabalu dan bunga rafflesia– Melambangkan mahasiswa anak Sabah
· Terabai dan burung enggang– Melambangkan mahasiswa anak Sarawak
Latar Belakang
Persatuan Mahasiswa/i Sabah & Sarawak Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau lebih dikenali sebagai PMaSS UTeM telah ditubuhkan pada Disember 2002 sebagai suatu platform pertemuan bagi mahasiswa/i dari Sabah dan Sarawak untuk saling berinteraksi sekaligus mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai satu keluarga besar Borneo di UTeM.
Sejajar dengan fungsi persatuan sebagai sebuah persatuan kebajikan dan kebudayaan, PMaSS komited dalam membantu mahasiswa/i Sabah & Sarawak dari segi akademik, kebajikan dan sosial mahasiswa/i. PMaSS UTeM juga menjadi medium untuk memperkenalkan tradisi dan kebudayaan dari Sabah dan Sarawak di mata dunia.
“UNITIY THROUGH DIVERSITY”
“Memantapkan kredibiliti dan kemahiran insaniah mahasiswa Sabah dan Sarawak di UTeM selaras dengan pembangunan negara menuju revolusi industri 4.0”
Menganjurkan program berunsurkan kebajikan dan kebudayaan kepada mahasiswa/i Sabah dan Sarawak di UTeM.
Memenuhi kesemua 8 dimensi tuah dalam jati diri mahasiswa/i UTeM seperti etika dan rohani, keusahawanan, teknikal dan inovasi, sukarelawan, budaya dan identiti nasional, sukan dan rekreasi, pengurusan dan kepimpinan, serta akedemik dan kerjaya
Menerapkan nilai-nilai 'TUAH' dalam diri mahasiswa seperti Tangkas, Unggul, Adaptif, dan Holistik.
Memperkasakan pencapaian kumpulan tarian PMaSS iaitu 'Warisan Anak Seni Borneo' dalam pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi.
Bekerjasama dan menyokong hasrat agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan yang ingin memartabatkan warisan seni dan budaya Sarawak.