LOGO
Warna merah
Semangat dan jati diri ahli Kelab Penyayang UTeM
Warna biru
Nilai perpaduan dan keserakanan yang disemai dan semarakkan oleh ahli Kelab Penyayang UTeM terhadap kehidupan sejagat.
Latar Belakang
Kelab penyayang merupakan inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) yang ditubuhkan di semua Universiti Awam untuk mengumpul sumbangan, yuran dan sebagainya, serta menguruskannya bagi tujuan kepentingan Pendidikan, kebajikan, kesihatan dan sebagainya untuk masyarakat Malaysia yang memerlukannya, tidak mengira bangsa, kaum dan agama.
Kelab Penyayang UTeM berhasrat untuk mencapai hasrat PENYAYANG yang turut memberi kesejahteraan kepada siswa/siswi UTeM khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang kurang bernasib baik. Hasrat ini akan tercapai dengan adanya sokongan dan penglibatan daripada semua siswa siswi UTeM yang prihatin.
Kelab ini berperanan dalam mendidik pembinaan masyarakat penyayang terutamanya para pelajar di universiti menerusi penghayatan dalam semangat kesukarelawanan. Seterusnya, kelab ini akan melaksanakan program-program yang dapat menumpukan kebajikan, kemasyarakatan dan prihatin kepada ahli kelab dan juga semua pelajar yang sertai.
Budi dan bakti sinar harapan.
Matlamat untuk menyemarakkan lagi elemen PENYAYANG dan SUKARELAWAN dalam kalangan siswa/i UTeM dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan penuh prihatin dan kasih menerusi penglibatan dan penyertaan pelbagai aktiviti PENYAYANG yang dianjurkan.
Mencapai hasrat Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka menerusi:
Mendekati dan membantu siswa/i UTeM ke arah kesejahteraan kehidupan sepanjang pengajian di Universiti.
Respons dan memberi khidmat bakti terhadap persekitaran, kehidupan dan masyarakat setempat menerusi aktiviti PENYAYANG yang dilaksanakan.
Melaksanakan dan terlibat sama dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan di peringkat Universiti, agensi dan badan korporat.