LOGO
Warna biru
Melambangkan kesatuan dan perpaduan antara ahli kelab.
Logo “Bowls”
Sebagai simbolik bagi menunjukkan bahawa “Bowls” tersebut merupakan asas utama dan jantung kepada permainan Boling Padang/Lawn Bowls itu sendiri.
Simbol Tanjak
Sebagai simbolik sejarah kenegerian Melaka yakni berkait rapat dengan UTeM yang juga telah lama bertapak di Negeri Melaka.
Latar Belakang
Sukan Boling Padang atau dikenali sebagai Lawn Bowls adalah satu permainan yang jarang didengari dalam kalangan masyarakat mahupun di dalam kalangan mahasiswa. Lawn bowls adalah satu permainan yang seakan-akan sukan boling. Perbezaannya ialah tenpin boling tujuannya menjatuhkan 10 pin yang telah disediakan di atas lane atau lorong. Lawn bowls pula sasarannya ialah untuk mendekatkan bowls yang dileretkan kepada sebiji bola putih yang dinamakan "jack".
Mengikut Encyclopaedia Britannica, sejarah lawn bowls telah bermula sejak 5000 tahun sebelum masihi. Semasa zaman Firaun, permainan ini dimainkan dengan menggunakan kepala manusia sebagai bowls. Sejarah awal yang dicatatkan tahun 1299 di Southampton, Selatan England, telah didapati "green" yang tertua sekali di mana ia telah dimainkan Masters Tertutup pertama. Gelanggang ini masih digunakan sehingga ke hari ini. St. Thomas telah menulis bahawa permainan ini telah dimainkan oleh kerabat diraja dan orang bangsawan. Mungikut sejarah lawn bowls pada 18 Julai 1588 di Playmouth Hoe, England, Sir Francis Drake telah bermain lawn bowls sementara menunggu kedatangan tentera dari Sepanyol untuk menyerang England. Pada tahun 1778 Captain James Cook telah menemui penduduk di pulau Sandwich sedang bermain permainan yang serupa dengan lawn bowls.
Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kelab Boling Padang ini telah lama diwujudkan tetapi akibat pandemik COVID-19 yang lalu, kelab ini terhenti buat seketika dan kembali mula aktif pada tahun 2023, Kelab Boling Padang UTeM kembali dengan pelbagai aktiviti dan kejohanan yang telah disertai pada tahun ini. Hal ini sedikit sebanyak dapat menarik semangat ahli kelab untuk memperkenalkan sukan ini secara meluas didalam kalangan mahasiswa dan mahasiswa di UTeM.
“ROLLING GREEN, BOWLER’S TRIUMPH!”
Melonjakkan kecemerlangan sukan dan imej organisasi.
Memupuk, membangun dan menggalakkan sukan lawn bowl dengan menyediakan keseronokan dan rekreasi untuk semua ahli.
Menjadikan salah satu pusat kecemerlangan pembangunan sukan berprestasi tinggi seiring dalam mencapai matlamat UTeM sebagai universiti yang kreatif dan inovatif.
Aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan yang dapat melahirkan modal insan yang berbakat dalam membentuk disiplin, rohani dan jasmani