KELAB
BERBASIKAL
UTeM
Latar Belakang
Kelab Berbasikal UTeM telah ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan atlet-atlet yang berkualiti tinggi selaras dengan dasar Pembangunan sukan IPT. Hal ini untuk membolehkan pasukan atlet mampu berdaya saing setaraf dengan pelumba yang bertaraf kebangsaan. Kelab ini terbuka kepada mana-mana pelajar yang mempunyai minat yang sama dari pelbagai fakulti dan tahun pembelajaran. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelajar terutamanya yang mempunyai basikal tersendiri untuk memasuki kelab ini. Walaupun agak sukar untuk mencari pelapis pada masa sekarang, namun tiada yang mustahil jika kita berusaha dari bawah. Latihan-latihan yang dijalankan adalah sebagai persediaan kepada kita untuk menempuh perlawanan yang akan datang bagi memastikan nama universiti mendapat tempat dalam pertandingan.
“Road To UTeM King’s Rider”
" Untuk melahirkan the thinking athlete melalui program sukan prestasi tinggi.”
Mengukur pencapaian pasukan agar mampu berdaya saing setaraf dengan pelumba kebangsaan mahupun luar negara.
Melahirkan atlet yang berkualiti yang terdiri daripada pelajar ipt bagi mewakili negara selari dengan dasar pembangunan sukan ipt.
Melahirkan pelumba yang berwawasan bukan sahaja cemerlang didalam akademik tetapi juga didalam bidang kesukanan.
Menjadi modul dalam pembangunan sukan lumba basikal ke arah melahirkan pelumba bertaraf antarabangsa.