Merah - Melambangkan semangat perjuangan, kegagahan keperwiraan dan etika yang tinggi.
Hijau - Melambangkan kemakmuran tanah air.
Bulan Bintang Bucu Lima - Melambangkan keunggulan agama Islam sebagai agama rasam Negara yang dipertahankan dengan jiwa raga.
Mahkota & Tulisan Allah dan Muhammad - Menjunjung tinggi kedaulatan undang undang kepada raja dan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.
Keris dan Parang - Kepahlawan dan keperwiraan sentiasa dijunjung demi agama, bangsa dan negara
Bunga padi - Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan semua perkhidmatan ATM
Latar belakang
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu.
Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester.
Sentiasa memimpin.
Meningkatkan kualiti pegawai kadet PALAPES UTeM serta meningkatkan kualiti latihan Sumber Manusia, Bahan Pengajian dan Perkhidmatan Markas PALAPES UTeM.
● Menjadikan PALAPES UTeM sebuah pasukan yang melatih dan melahirkan Pegawai Muda Askar Wataniah yang cekap dan kompeten.
● Menjadikan sebuah pasukan yang efisien dan efektif dengan menambahbaik setiap anggota komited untuk meningkatkan kualiti.
● Menjadikan sebuah pasukan yang unggul untuk mencapai kualiti menyeluruh dalam aspek latihan, pentadbiran dan logistik.
● Melahirkan budaya kerja dimana semua peringkat anggota bertanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, berproduktif, inovatif dan kreatif di dalam bidang tugas utama dan sekunder dengan cemerlang serta mewujudkan perhubungan yang rapat dengan pihak Universiti dalam proses untuk menjalinkan kerjasama demi segala urusan berkaitan latihan dan pentadbiran kadet.