PENERANGAN LOGO
● Warna maroon menunjukkan profesionalisme serta passion.
● Warna putih melambangkan bersih, suci dan budi pekerti mulia
● Al-Quran melambangkan identiti kelab yang memfokuskan program berkaitan Al-Quran
● Honouring Al-Quran merupakan motto kelab AMQAR UTeM
● Ashabul Maqari’ yang ditulis dalam tulisan arab menunjukkan nama sebenar bagi kelab ini
LATAR BELAKANG
Kelab AMQAR UTeM merupakan singkatan bagi Kelab Ashabul Maqari’ UTeM yang merupakan sebuah kelab kerohanian dibawah naungan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kelab ini masih baharu kerana ianya baru ditubuhkan pada tahun 2019. Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kemaslahatan pelajar-pelajar Program Pensijilan Tahfiz UTeM dengan Kerjasama Darul Quran JAKIM yang dimulakan pada tahun 2016/2017. Selain itu, kelab ini juga aktif dalam menjalankan program-program berkaitan al-Quran khususnya pada bulan Ramadhan, dan turut serta dalam usaha bersama dengan kelab-kelab UTeM yang lain bagi melancarkan program mereka.
HONOURING AL QURAN
Mewujudkan suasana al-Quran dengan memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan al-Quran dalam masyarakat UTeM.
1. Memberi inspirasi kepada masyarakat UTeM untuk berinteraksi dengan al-Quran,
2. Menyediakan platform untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang al-Quran
3. Membantu mahasiswa/i UTeM yang buta huruf al-Quran supaya dapat membaca al-Quran dengan baik
OBJEKTIF:
1. Melahirkan profesionalis al-Quran yang berketerampilan.
2. Melaksanakan program-program yang berfokuskan ilmu al-Quran
3. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam dan persatuan/kelab UTeM.